Friday, 8 August 2014

Zairul Asma Ahmad @ char kway teow



Zairul Asma Ahmad
SX120139BQS04
UHAS 2122


Little Penang Kafe

409-411, 4th Floor Suria KLCC



Food Review: Char Kway Teow



Restoran pilihan untuk “food review” adalah merupakan sebuah kafe santai bertempat di Suria KLCC, tingkat 4. Ia terkenal di kalangan peminat makanan tempatan Pulau Pinang sebagai antara pilihan utama dalam menikmati selera utara. Keaslian rasa dalam hidangan membuatkan ramai yang ingin datang lagi berkali-kali.

Menu pilihan saya untuk “food review” ialah “char kway teow”. Sebaik saya duduk pelayan terus datang mengambil pesanan walaupun kafe tersebut penuh dengan pelanggan ketika itu. Selepas membuat pesanan lebih kurang dalam 20 minit pelayan tiba dengan hidangan tersebut. Sebaik tiba hidangan tersebut, saya sudah terhidu bau yang enak dan menyelerakan. Dengan hidangan yang masih berasap menambahkan lagi aroma yang menusuk ke kalbu. Terlihat di situ beberapa ekor udang yang segar kemerah-merahan dihiasai dengan cili jeruk hijau yang menaikkan lagi selera. Kelihatan juga timbunan tauge yang segar dan putih di taburi di atas nya.
Pada saya char kway teow tersebut agak kering namun kelembutan kway teow mengimbangi kunyahan dengan rasa pedas yang tidak keterlaluan sesuai untuk semua golongan menikmatinya. Di tambah dengan udang dan kerang yang segar dan “juicy” membuat suapan seakan tidak mahu berhenti disitu. Secara keseluruhan servis dan hidangan serta tempat yang strategic adalah memuaskan. Bagi saya rugi tauuu kalau tak datang cuba sendiri menu masakan tempatan Pulau Pinang di “Little Penang Kafe” ini.
  






No comments:

Post a Comment