Friday, 8 August 2014

ALI IMRAN BIN MOHD DRUS
SX 122 686 GUF 04
Char Koay Teow adalah antara hidangan yang menjadi kegemaran sebilangan besar rakyat Malaysia tidak kira kecil, besar, tua dan muda.Oleh kerana tekak saya telah biasa dengan rasa Char Koay Teow Sg. Dua Pulau Pinang (yang merupakan menu wajibsetiap kali pulang ke kampung) , saya telah mencuba hampir setiap restoran yang dikatakan setanding dengan rasa Char Koay Teow tersebut di sekitar Kuala Lumpur.
 Tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan semua bahawa bukan semua restoran mempunyai kemahiran untuk menyediakan dan menghidangkan menu yang digemari ramai ini. Restoran Nasi Ayam Tat merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan nasi ayamnya yang mana menu asalnya berasal dari Alor Setar. Selain nasi ayam , restoran ini juga menyediakan menu yang pelbagai antaranya ialah hidangan ala barat, sup dan Char Koay Teow.

Pada pendapat saya rasa Char Koay Teow yang dihidangkan amatlah tidak menepati citarasa saya. Setiap kali saya berkunjung ke restoran ini dan jika saya memilih Char Koay Teow sebagai hidangan utama, pasti rasanya berbeza-beza. Tidak pernah sekalipun saya rasa keenakan melainkan rasa kuah yang hangit dan sekadar mengalas perut yang telah lapar. Char Koay Teow Spesial disini pula hanya ditambah dengan sebiji telur goreng , 2 hingga 3 ketul kerang dan seekor udang sahaja berbanding dengan restoran lain yang tidak ‘kedekut’ dalam menyediakan sesuatu yang dianggap special. Walaupun warna kuahnya agak sama dengan restoran lain, persembahan lain agak mengecewakan. Susunan jeruk cili dan seekor udang sekadar seperti menuangkan semua dalam satu pinggan sahaja. Harga yang ditawarkan untuk sepinggan Char Koay Teow biasa adalah RM 4.00 manakala untuk special hanya RM 5.50.Ia tidaklah terlalu mahal untuk dirasai oleh semua orang yang ingin mencuba.


Nasib baiklah layanan yang diberikan oleh pekerjanya amat baik dan masa menunggu tidak terlalu lama. Jadi pada sesiapa yang ingin merasai mempunyai rasa yang berbeza-beza bolehlah singgah ke Restoran Nasi Ayam Tat. Sekian , selamat menjamu selera. 

No comments:

Post a Comment