SYARAFINA
BINTI MUSA (SX120131BQS04)
Cerita & Rasa SATE & CHAR
KUEW TEOW
RESTORAN GULAM MEE Kota Damansara
Restoran
Gulam Mee terletak di Kota Damansara telah ditubuhkan pada 23 Mei 2008 dan dimiliki
oleh En. Asmadi bin Abdul
Rahman dan Rahizam Binti Yusof. Restoran ini terkenal dengan sajian mee ‘mamak
style’ selari dengan namanya, walaubagaimanapun terdapat banyak lagi sajian
makanan yang ada. Lokasi restoran ini agak strategik dengan kedudukannya di bahagian
‘corner lot’ dimana ianya jelas dapat dilihat dari jalan utama Kota Damansara.
Berkonsepkan restoran ala gerai seperti medan selera ianya telah menarik minat
para pelanggan untuk menjamu selera di sini dengan keadaan bersantai.
Antara menu-menu yang disajikan di
Restoran Gulam Mee :-
-
Sate
-
Char kuew
teow Penang
-
‘Mamak style’
- mee goreng/mee kuah/mee kari/mee rojak/mee udang/mee bandung/mee sup
-
Pasembor
-
Pelbagai
jenis sup - sup ayam/sup daging/sup perut/sup tulang (set)/sup ayam (set)/sup
daging (set)/sup perut (set) - (set : nasi,
sup, telor dadar dan sambal)
-
Bihun, kuew
teow & mee sup/sup tulang/sup campur/tomyam
-
Laksa
-
Nasi goreng
biasa/nasi goreng ayam/nasi goreng udang/nasi goreng daging/nasi goreng
cina/nasi goreng kampong
-
Nasi ayam
-
Nasi lemak
biasa/nasi lemak ayam berempah
-
Air – aneka
rasa (air panas, air sejuk, air buah-buahan dan lain-lain)
Kesempatan yang ada, saya telah
menjamu selera di Retoran Gulam Mee. Disini, saya telah mencuba sate dan char
kuew teow Penang ‘special’.
~Char kuew teow Penang ‘special’
sememangnya sedap dan memenuhi citarasa saya kerana kandungan kuew toewnya yang
ditambah dari biasa, udangnya sebanyak 5 ekor (standard saiz), kerangnya yang
padat dan fresh, telur goreng separuh masak dan cili jeruk secukup rasa.
Tambahan pula, kuahnya yang melimpah (basah) sangat terasa kelazatannya. Bagi
saya rasa char kuew teow di sini tidak seperti di tempat yang lain kerana rasa
masin dan manis yang sebati. Walaupun harganya yang agak mahal iaitu RM5.00
sepinggan, tetapi bagi saya ianya amat berpatutan dengan kelazatan yang
disajikan.
~Sate lengkap dengan nasi impit.
Harga secucuk sate RM1.00 dan RM2.00 bagi seketul nasi impit saiz kecil. Bagi
saya harga sate di sini agak mahal kerana tidak setara dengan saiz sate yang
disajikan. Saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan sate Samuri (Kajang)
dengan kadar harga yang sama. Walaubagaimanapun, kuah dan sambal yang disajikan
amat menyelerakan dengan hancuran kacang dan sebatian sambal secukup rasa.
Bagi saya, char kuew teow Penang special
dan sate di restoran ini memenuhi citarasa saya dan mampu membuat saya ingin
datang menjamu selera di sini lagi. Disini, saya sertakan alamat Restoran Gulam
Mee Kota Damansara untuk sama-sama kita menjamu selera dan merasai kelainan
citarasa.
Alamat :-
B13A-G, Bistari De'Kota
Jalan Teknologi 3/9
Kota Damansara
47810 PJ, Selangor.
Jalan Teknologi 3/9
Kota Damansara
47810 PJ, Selangor.
Bg saya mhl la mknan dia..td saya order gulam mee sepinggan dan kuetiaw sup dgg semangkuk dan 2 cendol dh rm24..kiranya purata rm8 each one dan rm4 kot utk cendol..quite xpensive
ReplyDelete