FOOD REVIEW
SYARIFUDDIN BIN MUSTAKIM
SX120077BLS04
SYARIFUDDIN BIN MUSTAKIM
SX120077BLS04
NASI LEMAK WAK JENAB
LOKASI : KAMPUNG BUKIT CHERAKAH, JERAM KUALA SELANGOR
Pasti sukar untuk membeli nasi lemak dengan harga Rm0.50 sebungkus pada zaman ini. Dengar namanya sahaja sudah terdetik di hati ini untuk mencuba nasi lemak tersebut. Nasi lemak Wak Jenab ini sudah tidak asing lagi bagi penduduk kampung bukit cherakah, jeram kuala Selangor. Nasi lemak ini dijual di sebuah kedai runcit yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dijual seawal jam 6.30pagi dan hanya kira-kira 1 jam masa yang diberi untuk pembeli membeli, kerana pastinya seawal jam 6.30 pagi itu penduduk kampung sudah mula beratur untuk membeli. Rata-rata pembeli adalah pelajar sekolah, penduduk kampung yang bekerja diluar kawasan serta pak haji – pak haji yang baru pulang dari masjid. Resepi yang ringkas dan masih mengikut format rasmi nasi lemak di Malaysia, makan sebungkus pasti tidak puas. Nasi, sambal, telur potong dan kacang menjadi asas untuk membentuk kombinasi nasi lemak yang menjadi tumpuan ini.
No comments:
Post a Comment