Wednesday, 6 August 2014

TUGASAN KEDUA - NASI LEMAK D'LITE CAFE AMPANG PARK SHOPPING CENTRE - FOOD REVIEW

MASITAH BINTI MOHTAR
SX120061BELS04

NASI LEMAK D'LITE CAFE AMPANG PARK SHOPPING CENTRE,
D'Lite, Lot No. 1.12, 
Ground Floor, Ampang Park Shopping Centre, 
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03 2733 3633



Memang sukar untuk membuat pilihan dan mencari nasi lemak yang benar-benar menepati citarasa oleh semua penggemar nasi lemak. Nasi lemak bukan sahaja digemari dan disukai oleh kaum melayu sahaja, malah turut digemari oleh kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum yang ada di Malaysia.
            Ketika En. Sharifudin, yang mengajar kami subjek Pemikiran Kritis Dan Kreatif, saya jadi bingung dan terpinga-pinga nak mencari jenis makanan dan masakan yang terkenal di dalam kawasan Kuala  Lumpur dan Lembah Klang. Terdapat 3 pilihan yang diberikan iaitu nasi lemak, char keuy teow dan satay.
            Tiba-tiba barulah saya teringat, setelah hampir 2 tahun saya menimba ilmu di UTMSpace ini, bolehlah dikatakan dalam tempoh sebulan, mesti 2 kali saya akan singgah makan di restoran / café D’Lite Ampang Park ini.

            Makanan pilihan utama di café D’Lite ini adalah Asam Laksa Special, Nasi Lemak Ikan Kari, Nasi Lemak Special Ayam dan Sotong. Seperti kebiasaannya, nasi lemak memang telah diketahui umum, nasi lemak yang sedap dan memenuhi citarasa pengunjung mestilah nasi lemak yang berbau harum, rasa nasi yang segar, sambal nasi lemak walaupun hanya sambal yang dipenuhi bawang besar yang manis, masin dan pedas serta telur rebus dan dihiasi timun yang segar dijadikan sebagai ulam dan dialas pula daun pisang yang segar dan hijau.

Tidak dapat dibayangkan keenakan dan santan yang lemak dalam Nasi Lemak D’Lite sehinggakan semasa menelan terasa nikmatnya. 

            Memang ramai pengunjung yang datang ke sini. Pernah sekali tu, kalau tak silap saya, pada hari Sabtu (2 Ogos 2014) yang lalu, selepas habis kelas Sains, Teknologi dan Manusia, saya dan seorang rakan, kakak Nur Azira Binti Abdul Majid, ingin singgah dan makan nasi lemak di café D’Lite tersebut. Ketika kami sedang duduk dan ingin menempah makanan, tiba-tiba pemilik café tesebut menyatakan makanan semua telah habis. Kami betul-betul berasa hampa dan kecewa. Sedangkan, ketika itu, jam baru menunjukkan masa 8.00 malam dan mereka berkemas untuk menutup café pada hari tersebut. 

Keesokan harinya, kami datang lagi ke cafe D'Lite untuk makan nasi lemak, alhamdulillah tercapai juga hasrat kami. 
 

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit menu makanan dan minuman yang terdapat di café D’Lite ini. Harga menu yang dipamerkan juga berpatutan.

            Memang terbaiklah Nasi Lemak café D’Lite Ampang Park. Rugi...... kalau rakan-rakan dan penggemar nasi lemak tidak mencuba Nasi Lemak D’Lite Ampang Park.

SELAMAT MENCUBA DAN  MENJAMU SELERA!!!!!!!!!


 

No comments:

Post a Comment