Nama : Rashida Binti Abdullah
No. Matriks : SX122704GUF04
Nasi lemak BTR jika anda ke Bandar Tun Razak di Cheras anda mesti akan membelinya. Itu adalah cadangan saya jika anda mengingin nasi lemak yang sedap dan murah harganya di mana satu bungkus nasi lemak hanyalah RM1 sahaja dan ia hanyalah dijual pada waktu pagi di Pasar Pagi Bandar Tun Razak. Nasi lemak ini ada pada sejak 1980 lagi dan ianya dibalut dengan kertas bersama daun pisang, ini menambahkan keharuman nasi lemak ini apabila anda membukanya.
Nasi lemak ini amatlah ringkas di mana di dalamnya hanyalah sambal ikan bilis, telur dan nasi tetapi rasanya amatlah sedap untuk dinikmati, pastinya satu bungkus tidak cukup. Gerai ini menjual nasi lemak, bihun goreng dan mee goreng yang siap berbungkus dan diletakkan di dalam bakul sahaja dan gerainya sentiasa dipenuhi pelanggan. Jika anda terlambat ia pasti sudah habis dijual. Anda oleh melayari facebooknya di "Nany Nasi Lemak BTR".
No comments:
Post a Comment