SX122688GUF04
NASI LEMAK MARVELLOUS
Pernahkah anda dengan Nasi Lemak Marvellous? Mungkin bagi yang berada diluar kawasan Kuala Lumpur patut mencuba nasi lemak ini kerana dimasak secara kukus!! Jika anda berada dikawasan Gombak, silakan mencuba nasi lemak ini. Kedai ini terletak di selekoh berdekatan dengan Stesen LRT Melawati dan berhadapan dengan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. Nasi Lemak ini menjadi pilihan bagi kerana selain daripada Nasi Lemak yang asas seperti Kacang, Ikan Bilis dan telur, kedai tersebut juga telah menyediakan pelbagai lauk pauk seperti Ayam Goreng berempah, Ikan keli bercili dan beraneka kuah.
Ayam Goreng Berempah
Mesti anda terliur dengan kilauan ayam goreng seperti gambar diataskan? Itu baru sahaja ayam goreng, cuba lihat gambar dibawah ini....
Lauk Pauk
Lauk pauk ini sahaj sudah mencukupi untuk memuaskan nafsu makan anda yang suka nasi lemak kan. Harganya tidak begitu mahal jika dibanding dengan nasi lemak yang telah ternama di Kuala Lumpur. Bermula serendah RM 3.00 sehingga RM 7.00 bergantung kepada kepada lauk yang anda pilih.
Antara Menu Yang Menjadi Pilihan
Jadi, apalagi? Janganlah segan untuk berkunjung dikedai ini. Waktu beroperasi adalah dari pagi hingga larut malam. Oh yea.... disamping nasi lemak, kedai ini juga ada menjual nasi lemak kukus. Jadi, anda boleh memilih nasi kukus yang boleh anda pilih jika tidak menggemari nasi lemak. Kalau dah singgah kedai ini nanti, war-war pada kawan-kawan yang lain.
Pengiktiran Bintang : 8/10
Koordinti Lokasi : 3˚ 13' 19.9'' N
101˚ 43' 09.7'' E
Alamat : Jalan Taman Melati 1/5
Taman Melati
53100 Kuala Lumpur
Lokasi Kawasan
~ S E L A M A T M E N C U B A ~
No comments:
Post a Comment