Thursday, 7 August 2014

Task #2 Food Review - Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai

AZIEMAH NADHRAH BINTI ABDUL RAZAK
SX120084BQS04


"Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai"

1st time jejakkan kaki di area The Strand Kota Damansara. Datang semata-mata untuk menikmati Char Koay Teow yang dikatakan super delicious di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai, kepunyaan artis Serina Redzuawan. Haa sapa tak kenal Serina Redzuawan kan. Anak Chef Wan tuu. xyah susah2 pergi Penang. Sini pon ada.. rase nye same cm kat Penang tuu.. chewahh.




Keluar je kereta.. pergh serba serbi pink nie ayoooo semangat sailormoon disitu..hahahaaa. Restoran yang simple semuanya boleh dikatakan pink. Restoran ini boleh memuatkan kira-kira 300 pelanggan turut sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis acara dan katering.





Teruja tengok. Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek oo. Bayangkan kuahnya yang sedap dihirup bersama2 mee. Udang segar yang manis lemak.. Sedapnya. Meleleh jer tengok gambar ni.




Walaupon menu utamanya char koay teow, namun menu lain bermacam-macam jenis seperti nasi goreng, sate, otak-otak, murtabak, karipap, pau, ais krim goreng dan crepe durian. Selain itu pelanggan boleh memilih minuman panas, sejuk serta jus buah-buahan mengikut selera masing-masing.



Bagi peminat Char Koay Teow, jangan lupa singgah di  Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai, Serina Redzuawan. Sangat berbaloi.. Makan sampai licin Ada rezeki boleh bertentang mata dengan Serina.. Lagi bertuah boleh terserempak dengan artis-artis serta orang kenamaan yang melepak di sini.

CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
No.Tel: 03-6151 4112 / 012-420 4112
Waktu Operasi: 10.00 AM – 1.00 AM (Setiap Hari)

No comments:

Post a Comment