Tuesday, 5 August 2014

Mohd Shamsuri~Food Review ~ Nasi Lemak Rendang Old Town

Mohd Shamsuri Bin Shamsuddin
SX 122701 GUF 04

Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang pernah mengunjungi restoran Old Town di sekitar Lembah Kelang atau cawangan - cawangan restoran tersebut di seluruh Malaysia semestinya menu Nasi Lemak Rendang ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka. Kepada yang pernah mencuba menu tersebut saya percaya anda akan berkata " emmm.. not bad..". Apa pun komen yang diberikan oleh anda rasanya tetap sama melainkan anda sendiri yang memberi cadangan penambahbaikan kepada pemilik restoran tersebut. Itupun jika pemilik menu tersebut sudi untuk menukar rasa nasi lemak rendangnya.

Pertama kali saya mencuba menu nasi lemak ni beberapa tahun lepas di restoran Old Town Cyberjaya. Selepas pertama kali saya mencuba memang sangkut dan tiap kali datang ke Old Town memang ini adalah menu yang wajib sehingga lah timbul rasa muak disebabkan selalu makan. Istilah muak tersebut bukanlah menggambarkan nasi lemak ini tak sedap tapi bila dah selalu jer makan tekak boleh jer rasa kembang. 



Nasi Lemak Rendang Old Town ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu rendang ayam atau rendang daging. Pada asasnya komponen nasi lemak ini adalah sama seperti mana-mana nasi lemak lain di Malaysia. Cuma yang berbeza adalah sambalnya menggunakan sambal sotong dan juga ditambah dengan rendang. Komponen utama adalah seperti kebanyakan nasi lemak dan semestinya wajib bagi membolehkan diberi pengiktirafan sebagai nasi lemak iaitu nasi yang dimasak dengan santan. Tidak lupa aksesori tambahan iaitu telur rebus, kacang, ikan bilis dan juga timun.

Sesuatu yang membuatkan nasi lemak ini begitu istimewa pada saya adalah rasa rendangnya adalah asli. Ditambah pula dengan sambal sotongnya yang betul-betul cukup rasa manis dan pedas. Nasi juga adalah cukup rasa lemak dan tidaklah terlalu lemak dan buktinya selepas makan tiada rasa mengantuk. Anda boleh mencuba sendiri bagi membuktikan kebenaran tersebut.

Harga Set nasi lemak ini bagi saya sememangnya berbaloi dengan rasa dan juga restoran. Harganya adalah sekitar RM10 - RM15. Saya rasa kalau di kedai mamak sekalipun harganya adalah tidak jauh beza di tambah pula dengan sambal sotong dan juga rendang. Anda boleh bandingkan nasi lemak tersebut dengan Nasi Lemak Antarabangsa yang mana harganya telah mengjangkaui harga antarabangsa..

Assalamualaikum.. Selamat Mencuba..!!

No comments:

Post a Comment