Friday, 8 August 2014

Food Review


Baldi Corner Nasi Lemak Panas  Puchong
KHOR KIM KHIM    SX122695GUF04

Nasi lemak baldi ini dijual dengan sebuah lori kecil di tepi jalan Jalan Wawasan 2/23, Taman Wawasan Pusat Bandar Puchong, bersebelahan dengan Masjid Al-husna. Kenapa ia dipangggil baldi corner? Sebab lori kecil yang dijadikan gerai dia ni digantung dengan baldi-baldi kecil. (dulu, sekarang ditukar pulak degan baldi yang besar sikit). Haa… Nasi lemak ni sambalnya berbeza dengan sambal ikan bilis yang biasa kita makan. Yang ni memang sedap, lemak dan wangi berbau serai. Lauknya adalah ayam goreng berempah dan puyuh goreng. Ayamnya diperap dulu dengan rempah sebelum digoreng. Dan semasa goreng ayam, dari jauh pun dah boleh baunya. Ayam gorengnya sangat sedap mungkin diperap dulu, dan besar potongan ayamnya. Masa saya kunjungi gerai ni kebetulan puyuh gorengnya habis. Selain sedap harganya pun berpatutan. Biasanya orang akan bungkus sebab tempat duduknya terhad. Dan cadangan saya adalah mungkin boleh menambahkan tempat duduk untuk memudahkan pelanggan makan di situ. Siapa-siapa yang free tu bolehlah datang ke Puchong untuk merasanya..

1 comment:

  1. Masih lagi berniaga ke nasi lemak baldi nie..? Lama sgt dh cari

    ReplyDelete