SX120110BQS04
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk singgah bersantap-santapan di Restoran AK47 di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Walaupun posisi restoran ini agak tersorok, namun lampu lip-lap raya aidilfitri yang bertaburan merentasi pepokok merendang memudahkan pengunjung untuk mengenalpasti kedudukan geografi restoran ini.
Tada.. Gambaran dari luar restoran yang disebut-sebutkan.
Oleh kerana jemu berlaukkan nasi, kali ini saya menurut kata hati untuk mencuba sate di sini. Secara keseluruhan; servis okay, dekorasi menarik, suasana damai, tukang ambil order lawa dan bermacam-macam lagi. Tapi sekarang saya nak cerita pasal sate ea.
Ada tiga jenis sate yang ditawarkan; ayam, daging dan perut. Tapi sayang, sate perut kehabisan stok pada malam itu. Jadi saya pesan sate ayam dan daging sahaja.
Ini namanya sate.
Ini bukan kuih. Ini kuah kacang.
Pada pengamatan saya, sate di sini boleh tahan juga sedapnya. Saiznya tidaklah kecil, sedang-sedang dan berbaloilah dengan harganya secucuk RM0.80. Nasi impit tambahan sebanyak RM1.00, bawang dan tetimun adalah disertakan percuma.
Kuahnya agak pedas, sesuai dengan selera saya. Sate boleh tahan sedap, daging tidak liat dan ada sedikit rasa manis menepati citarasa saya. Mungkin sate di sini bukanlah sate yang terbaik di Lembah Klang, tetapi sebagai salah satu tempat menjamu sate alternatif, apa salahnya mencuba ye dookk.
Restoran AK-47
No. 1, Jalan 37/36,
Off Jalan Taman Setiawangsa,
Taman Setiawangsa,
54300 Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment