Reviewed by : FAZILI ANUAR MD YUSUF ( lagenda fazili)
ID : SX122689GUF04
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Untuk review kita pada kali ini adalah berkenaan dengan nasi lemak di Lembah Klang. Apabila bercerita tentang nasi lemak sudah tentu anda sudah telintas sambal ikan bilisnya...dengan aroma pandan + lemak2 santan segar....hehehehe. Tidak pula kurang hebatnya sudah tentu anda teringat-ingat Nasi lemak antarabangsa.
Untuk review kali ini saya nak bawa anda semua pergi ke JALAN TELAWI 1, Bangsar Selera FAMOUS NASI LEMAK. Hehehehe nama pon da famous,
Kedai Nasi lemak famous ini dibuka pada jam 5petang hingga la lewat pagi iaitu 5pagi...jadi bagi penggemar nasi lemak yang tegar boleh la datang kesini, Pada mula-mula saya datang ke kedai ini saya lihat takda la ramai sangat yang datang makan...mungkin orang ramai masih lagi dalam mood raya (hehehe saya datang time raya lagi nie) tapi tak semena-mena tetiba ramai lak yang beratur macam nie.
Saya pon kelam kabut la beratur jugak...hehehehe...
haa...ini la dia owner...dari pemerhatian saya laaa sebab semua die yang control.. jadi untuk menu saya pada malam ini adalah nasi lemak + sambal sotong + ayam berempah dan juga air limau ais dan juga teh tarik...
Mesti terliur tengok menu saya...hehehehe tapi lepas tengok gambar satu lagi ni...mesti air liur anda semua xjadi keluar balik nak tau kenapa....ha...tengok la harga dia...
ha...tgklerrrrr ke standard je harga die bagi korang???? RM12.40 hehehehehehehehehe....maybe area bangsar harga nie murah la kot..tapi saye percaya ada lagi tempat harga dia lagi murah boleh dapat seperti menu macam nie...Rasa nasi lemak dia bagi saya biasa-biasa jer.. saya bagi 2BINTANG SETENGAH sahaja untuk Nasi Lemak Famous...huhuhu xseperti nama dia...walaupun nasi lemak dia biasa-biasa orang masih jugak beratur.....ADAKAH......ishhh xbaik fitnah..... Nasi lemak punya pasal..hehehe xper2...... apa-apa pun kite makan dulu....
Jadi secara keseluruhan kedai Nasi Lemak Famous ini saya bagi 2 1/2 BINTANG sahaja, Sori laa owner kedai...huhuhuhu...sebab nasi lemak anda xberapa ase sangat santan,bau pandan pon macam kat pasar dah kehabisan daun pandan + lagi anda punya sambal tu xberapa sangat...(maybe tekak saya la). Jadi walaubagaimana pon sedaghe + sedaghi masih boleh pergi ke kedai ini manalah tau review saya ni akan berlainan pula dengan apa yang anda alami... OK ASSALAMMUALAIKUM dan salam review dari saya ( lagenda fazili )
bagi yang nak datang boleh rujuk map ni |
No comments:
Post a Comment