Sebut
sahaja kedai makan Satay Malaysia, kebanyakan penduduk bandar Kota Bharu serta
sekitarnya akan terbayang kepada satu menu utama mereka iaitu “Satay”. Dengan
kedudukannya yang agak strategik, iaitu di sebelah kanan jalan utama untuk ke
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dari pusat Bandar Kota Bharu Kelantan
tidak hairanlah mengapa kedai makan ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang ingin
menikmati menu satay yang sungguh sedap untuk dinikmati sesiapa sahaja samada
bersama keluarga atau rakan sekerja.
Gambar Hadapan Kedai
Hidangan
yang agak ringkas tapi menarik ini semestinya akan memberi kepuasan kepada
setiap pelanggan yang menikmatinya. Dengan harga yang sangat berpatutan serta
suasana kedai yang menarik, ianya bukan sahaja berjaya menarik pelanggan yang
sangat memberangsangkan malah telahpun mendapat beberapa pengiktirafan dari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian
Pelancongan.
Plat Pengiktirafan
No comments:
Post a Comment