(SX122664GHLF04)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera ..
Saya ingin mempersembahkan char kuey teow daripada paparich pada hari rabu tepat pada pukul 9 malam. Niat di hati bukan untuk buat assignment, tujuan utama ketika itu untuk bincangkan tender projek.
Ketika pelayan mengambil pesanan dan memberi buku menu makanan, tiba-tiba saya melihat ‘Papa Char Kuey Tiow’ dlm menu tersebut. Rupa-rupanya ketika itu juga baru saya tersedar bahawasanya saya belum menyiapkan tugasan yang perlu di hantar pada 9/08/2014. Alang-alang sudah ke sini, bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, saya turut mengambil peluang ini juga untuk menumpukan menyiapkan tugasan ini sahaja. Tanpa berfikir panjang dengan pantas saya membuat pesanan Papa Char Kuey Teow.
15 minit berlalu .. Papa char kuey teow masih belum sampai. Tapi ketika itu saya sudah membayangkan char kuey teow itu dengan kuahya yang sedap, udang dan kerang yang segar bertaburan dengan taugeh-taugeh dan saya membayangkan bau char kuey teow yang sangat enak dan rasa yang sangat nikmat.
10 minit kemudian, baru la pelayan sampai dan menghidangkan char kuey teow tersebut, perkara pertama yang saya lakukan adalah mengambil gambar char kuey teow tersebut..
PAPA CHAR KUEY TEOW |
Ketika saya melihat Char Kuey teow yang di hidangkan ini sangat berlainan dengan apa yang saya bayangkan.
Ini adalah gambaran char kuey teow yang saya bayangkan di mana perbezaannya Papa Char Kuey Teow ini tidak mempunyai kuah yang banyak dan tidak mempunyai udang dan kerang yang banyak malah ia adalah seperti Kuey Teow goreng biasa. Selain itu, Papa Char Kuey Teow ini juga tidak mempunyai rasa yang sama seperti Char Kuey Teow yang biasa saya makan. Selain itu, harganya agak mahal berbanding harga Char Kuey Teow di luar sana disebabkan oleh faktor restauran yang lebih esklusif.
Selepas di selidik, barulah saya ketahui, bahawa Papa Char Kuey Teow adalah mengikut cara masakan Penang, yang mana di sana lebih dikenali sebagai Penang Char Kuey Teow. Penang Char Kuey Teow tidak berkuah dan lebih mengunakan cara masakan mengoreng sahaja. Persamaannya hanya bahan yang digunakan untuk masakan sahaja, contohnya udang, taugeh, Kuey teow, daun kucai dan lain-lain.
Tapi bagi pandangan saya, Char Kuey Teow yang lebih sedap adalah Char kuey Teow yang berkuah, mempunyai udang dan kerang segar yang dicampur sekali, sama seperti char Kuey teow yang saya bayangan. Bagi pendapat saya sekiranya anda semua ingin mencari kedai makan Char Kuey Teow yang sedap, Paparich adalah bukan tempatnya. :)
No comments:
Post a Comment