Nasi Lemak at Village Park, Damansara Utama
Noriszawani Binti Ismail
SX120116BQS04
Lokasi : Restoran Village Park,
Damansara Utama (berhadapan Bank Rakyat)
Nasi lemak merupakan juadah yang sinonim
bagi rakyat malaysia khususnya ketika bersarapan. Aroma nasi lemak yang dimasak
menggunakan santan dan daun pandan bukan sahaja harum baunya namun enak dimakan
bersama-sama sambal tumis, ikan bilis serta timun yang dihiris. Membayangkannya
sahaja perut sudah menjadi lapar. Saya juga merupakan peminat nasi lemak dan
bertuahnya saya apabila salah satu “The Best Nasi Lemak in Town” hanya terletak
berdekatan dengan tempat kerja dan juga menjadi kegemaran rakan sekerja. Setiap
minggu kami akan pasti singgah ke Restoran Village Park untuk menikmati kelazatan
nasi lemak yang dihidangkan.
Bagi sesiapa yang meminati nasi
lemak si sekitar lembah klang juga, saya pasti salah satu tempat kegemaran
untuk menikmati juadah ini adalah di restoran ini iaitu Restoran Village Park
yang terletak di Damansara Utama. Antara makanan yang menjadi kegilaan
pelanggan di restoran ini ialah nasi lemak ayam berempah dan nasi lemak ayam
rendang. Keenakan nasi lemak serta sambal tumis ini cukup untuk membuat anda
kembali lagi setelah menikmatinya sekali. Selain daripada nasi lemak, restoran
ini juga menyediakan pelbagai lauk pauk yang enak dan juga pelbagai jenis kuih
tradisional melayu. Tambahan pula restoran ini pernah beberapa kali menerima anugerah
“The Best Nasi Lemak” dan pernah juga menjadi lokasi terjahan skuad “Jalan-jalan
Cari Makan”. Di samping itu, personaliti televisyen dan tokoh negara seperti
Tun Dr Mahathir juga pernah menikmati nasi lemak di restoran ini. Restoran ini juga
sentiasa menerima kunjungan pelanggan yang sangat ramai setiap hari, kepada
sesiapa yang ingin mencuba kelazatan nasi lemak inim saya cadangkan untuk pergi
awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana tidak mempunyai tempat duduk.
Sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment