FOOD
REVIEW II : Char Koay Teow - SANY CHAR KOAY TEOW
Reviewed
by : Fazili Anuar Md Yusuf ( lagenda fazili )
ID :
SX122689GUF04
SANY CHAR KOAY TEOW |
Assalammualaikum dan SALAM
REVIEW,
Sekali
lagi kita bertemu dalam program FOOD REVIEW. Kali ini review kita adalah
makanan yang sememangnya cukup terkenal yang dibawa dari UTARA MALAYSIA iaitu
Char Koay Teow. >.< makanan ini telah mendapat tempat dihati
peminat-peminat Koay Teow di Malaysia tidak kiralah MELAYU, CHINA dan INDIA walhal
ia juga menjadi satu daya tarikan kepada pelancong asing ke Malaysia.
Apabila
kita bercakap tentang char koay teow nama seperti Mali's Corner sudah
tidak asing lagi bagi penggemar char koay teow yang mana ia mempunyai keunikan
rasanya yang tersendiri (bagi saya mali's corner sudah kurang 'kick')
tapi untuk kali ini saya hendak bawa anda kepada satu lagi nama yang tidak
asing lagi iaitu SANY CHAR KOAY TEOW yang saya yakin dan pasti selepas
anda membaca reviewed yang telah saya buat pasti anda berkejar untuk kesana.
Lokasi
bagi kedai ini terletak berdekatan dengan Tasek Titiwangsa yang mana ia
merupakan daya tarikan tersendiri bagi kedai ini, kedudukannya yang sebegitu
dengan angin yang dilambaikan dan sahutan halus tasek membuatkan anda tidak
terasa masa berlalu pantas sambil anda menikmati char koay teow yang
dihidangkan. ^.<
Setibanya saya dilokasi kedai, saya agak terkesima dengan pemuzik jalan yang berada dihadapan kedai Sany ini ( *gambar pemuzik jalanan tidak diambil bagi menghormati privasi beliau ) , tidak cukup dengan itu,ramainya pelanggan didalam kedai membuatkan saya tidak sabar untuk melakukan kerja-kerja kritis ini.
Dipenuhi pengunjung |
Servis yang dijanjikan kepada saya cukup pantas, duduknya saya terus hadirlah abang yang mengambil pesanan. Pesanan saya hanyalah Char Koay Teow biasa yang berharga RM4.50. Sambil menunggu pesanan sempat jugak saya memerhatikan didalam kedai Sany ini, mereka juga ada menyediakan Satay, dan menarik perhatian saya iaitu Lok Cing, nak tahu apa itu? Inilah dia rupanya...
Lok Cing |
Baru hendak ngap Lok Ching menu pesanan saya pon sampai....
Sany Char Koay Teow Biasa RM4.50 ( pat ringgit lima kupang *versi utara ) |
servis dia agak cepat dengan ramai orang mereka masih mampu untuk menghidangkan pesanan saya kira-kira 10minit selepas pesanan dibuat. Jom apa tunggu lagi KITA MAKAN DULU!!!!!
nyum2.... |
Keenakan rasa char koay teow di kedai ini memang teruji dan saya bagi 4 1/2 STAR dengan rasa kicap dan rencahnya yang cukup dan udangnya pun tidak kedekut. Mahu saya tidak bagi sampai 4 1/2 bintang inilah puncanya....
licin pinggan sampai kulit2 udang pon dibedalnya |
Char Koay
Teow di kedai Sany ini memang unik, keunikkan itu disebabkan kicap yang
digunakan adalah kicap yang dihasilkan sendiri dan untuk pengetahuan anda kicap
ini juga dijual oleh kedai Sany ini..
model kicap sany |
kicap sany |
Hebat
Uncle SANY ni mempunyai produk kicap sendiri bagi mereka yang ingin mencuba masak char koay teow sendiri dirumah harganya pon tidaklah terlalu mahal sebotol RM8.
Harga bagi Char Koay Teow disini
amat berpatutan sekitar RM4.50 - RM6.50 iaitu dari biasa kepada besar hinggalah
menjadi special.
Tu diaaaa harga dia murah bukan main lagi |
Secara keseluruhan reviewed saya pada kedai ini adalah TERBAIK!!!!!!!
Bagi sesiapa yang inginkan kelainan dari rasa Char Koay Teow Mali's Corner anda adalah amat disarankan untuk datang kesini, dan jangan lupa apabila lalu didepan pemuzik jalanan tuh jangan segan-segan masukkan sehinggit dua dalam karung pakcik tuhh... ( *hehehehe saya terlupa, anda jangan buat2 lupa )
-Sekian wasalam jumpa lagi kita di Review akan datang iaitu SATAY-
SEDAP BAGITAU MEMBER....TAK SEDAP BAGI TAU UNCLE SANY...
^.^ wahahahahahahahahaha...
SEDAP BAGITAU MEMBER....TAK SEDAP BAGI TAU UNCLE SANY...
^.^ wahahahahahahahahaha...
No comments:
Post a Comment