RESTORAN MURNI BUKIT JALIL
Bukit Jalil No.41,Jalan 16/155C,
Bandar Bukit Jalil ,Kuala Lumpur
NUR FADZILLAH BINTI
AHMAD (SX120119BQS04)
Yummyy…..
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Restoran Murni adalah salah satu restoran paling popular di sekitar Kuala
Lumpur. Di restoran ini, saya telah mencuba salah satu menu iaitu Nasi Lemak Ayam
Pandan. Rasa nasi lemak ini, boleh tahan laa juga, sambalnya sedap. Bagi saya,
kalau sambalnya sedap maka sedap laa makan, saya suka yang pedas-pedas sikit.
Harganya pula standard je, tapi kalau nak ikutkan mahal laa jugak sebab nasi lemak je pun, kalau beli sarapan baru
RM3.00 sebungkus hehe.
Layanan diberi amat bagus, cepat je siap dan ramai orang memuji layanan
mereka. Haa bagi saya, semua menu sepinggan lengkap yang diberi boleh kongsi dua orang hee,maka berbaloi laa juga dengan harganya.
Di restoran ini pelbagai jenis menu di sediakan, semua ada..western food,
roti naan, bermacam nasi goreng dan sebagainya.
Selain nasi lemak, antara makanan yang paling popular di sini adalah
Mee Raja,Spagetti Seafood, Sizzling Mee,Nasi Goreng Napolean. Ia juga menyedikan pelbagai jenis " Ice Blended" misalnya mangga, ribena dan pelbagai campuran minuman dengan nama yang unik seperti " I love U", "Fair Lady" dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment