Friday, 8 August 2014

NASI LEMAK TANGLIN - NOR SALIZA BINTI ABU BAKAR RODIN



NASI LEMAK TANGLIN
NOR SALIZA BINTI ABU BAKAR RODIN
SX122703GUF04

Masa mula-mula sampai, orang dah mula beratur dan nak dapatkan tempat letak kereta, 2 kali pusing baru dapat .
Nasi lemak dengan lauk yang telah dipilih

Terletak berhadapan Klinik Kesihatan Tanglin, sering menjadi tumpuan orang ramai. Mempunyai pelbagai pilihan lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi lemak seperti sambal ikan bilis biasa, sambal sotong, paru, limpa, bergedil dan pelbagai lagi. Apa yang istimewanya nasi lemak ini ialah ada sejenis sambal yang seakan-akan serai, mungkin ini resipi rahsia atau penambah perisa nasi lemak ini.Resepi mereka ni dah bermula sejak tahun 1948 lagi.
Kalau pergi pada waktu awal pagi, biasanya mesti kena beratur. Pada kebiasaannya ianya menjadi tumpuan para pekerja sekitarnya iaitu polis-polis Bukit Aman, pesakit-pesakit dan kakitangan Klinik Kesihatan Tanglin dan sebagainya. Kebetulan gerai nasi lemak ni berdekatan dengan pejabat bolehlah sekali-sekala pergi bersarapan di sana. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Rasanya bolehlah dikatakan agak sedap kerana ada pelbagai lauk tambahan yang disediakan. Manakala dari segi harganya pula,boleh dikatakan berpatutan tetapi jika ditambah pelpagai lauk pauk, harganya akan jadi agak tinggi juga. Jika dibandingkan dengan tempat lain harganya boleh tahan dan mungkin juga lebih kurang sama. Bagi nasi lemak biasa dengan telur mata, tak pernah berubah dari mula- mula kenal nasi lemak Tanglin.
Bagi orang lain, saya lihat pelbagai lauk dicampur seperti sotong , udang, bergedil dan pelbagai lagi. Bagi bergedil yang ditambah pula pernah saya rasa, memang sedap bergedil yang dimasak. Tetapi bagi setiap nasi lemak yang dibeli sambal istimewa yang ada dikedai ni mesti ditambah, kalau diteliti betul-betul sambalnya nampak seperti campuran serai dengan halia yang dikisar dan saya tidak berapa pasti cara masakan sambal tambahan ini. Warnanya agak kehitaman mungkin ini cara lain bagi mengetengahkan nama mereka dalam bidang perniagaan ini.
Bagi nasinya pula, bagi pendapat saya memang menyelerakan kerana tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik, tidak terlalu lemak dan tidaklah tak rasa lemaknya. Yang pasti sedang-sedang saja. Kalau anak-anak yang makan, boleh makan begitu sahaja tanpa perlu meletak sambal, maknanya sudah cukup rasa. Mereka juga menyediakan khidmat penghantaran jika ditempah dengan banyak. Bagi sesiapa nak cuba tu bolehlah pergi merasa. Lokasinya di Jalan cenderasari, kalau nak lebih mudah lagi bolehlah mencari Balai Polis Bukit Aman, kemudian akan nampak pula Klinik Kesihatan Tanglin dan betul-betul berhadapan Klinik akan nampak kompleks makanan Tanglin disitulah gerai nasi lemak Tanglin. Jika ingin meletakkan kereta pula memang memerlukan kesabaran.

No comments:

Post a Comment