FOOD REVIEW- NASI LEMAK TANGLING
SEJARAH
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang
Malaysia . Ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan
Brunei. Di Jakarta hidangan yang sama
dengan nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip
nasi lemak disebut nasi gurih.
Nasi
lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur,
timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini,
nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk seperti daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Nasi lemak hidangan yang mudah
dan ringkas . Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas
sambal , kerangupan ikan bilis ,kepejalan telur rebus dan
ditawarkan pedasnya dengan timun .
Jika
menulusuri latar sejarah , nasi lemak mempunyai ceritanya yang tersendiri .Maka , terciptalah satu pantun orang dahulu yang berbunyi :
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.
Namun
begitu ,nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada
umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah
, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh
kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih
baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan
Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.
NASI LEMAK BEST DI LEMBAH KELANG
Nasi
Lemak Tanglin terletak di Gerai 6, Kompleks Makan Tanglin .Nama kedai ini diambil dari nama jalan tanglin, Jalan Cendarasi, 65800 Kuala Lumpur. Jika
anda bernasib baik anda tidak perlu beratur dan ia jarang berlaku kerana selalunya terdapat ramai pengunjung datang untuk makan nasi lemak di sini. Gerai ini di buka setiap hari dari jam 7 pagi
– 9.30 malam tetapi pada hari sabtu, ahad dan cuti umum ia di buka pada jam 7 pagi
– 12 tengah hari.
Di sini
ditawarkan pelbagai sambal dari telur ayam, hingalah paru-paru lembu, tetapi disini yang paling popular ialah
rendang ayam, sambal sotong dan paru lembu.. Ok kita
bermula review ini
dengan nasi, nasi disini agak segar rasanya kerana ketika masih panas ia mengeluarkan aroma “daun
pandan”. Ikan bilis goreng banyak membantu untuk menambah “kick” kerana rasanya yang masin
dan rangup. Sambal sotong tidak pedas jadi sesiapa yang suka
akan rasa sebegini mungkin ini boleh menjadi kegemaran anda. Nasi Lemak Tangling ini
juga di makan bersama Pegedil. Harga bagi hidangan lengkap ini ialah RM 9.50
Nasi Lemak Tanglin mempunyai nama dan nilai nostalgia tersendiri maklumlah gerai ini telah wujud pada zaman sebelum merdeka lagi iaitu tahun 1948 dan
telah mempunyai pengikutnya tersendiri.
No comments:
Post a Comment