Friday, 8 August 2014

FOOD REVIEW ^NASI LEMAK POWER^

Nasi Lemak Power
MASTURA BINTI ABDULLAH SANI
SX122697GUF04
791005055048

Nasi Lemak adalah salah satu makanan kegemaran saya. Nasi Lemak sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai makanan untuk sarapan pagi. Kini Nasi Lemak boleh didapati tidak kira masa dan di mana sahaja. Nasi Lemak merupakan makanan berasaskan beras yang dimasak dengan menggunakan santan. Dahulu, Nasi Lemak di kampung saya cuma dijual mahupun dimasak sendiri oleh ibu, hanya  bersambalkan ikan bilis,telur rebus yang dipotong 4, kacang tanah yang digoreng dan timun. Kini hidangan Nasi Lemak boleh didapati dengan pelbagai menu tambahan seperti ayam goreng berempah, ayam rendang,sambal kerang,sambal sotong,telur dadar dan sayur kangkung.
Rakan di tempat kerja telah mengesyorkan kepada saya untuk mencuba "Nasi Lemak Power" di Restoran Ishana Maju. Ini kerana pengalaman beliau yang pernah berkunjung ke Restoran tersebut telah mencubanya dan berpendapat Nasi Lemak direstoran itu lain dari yang lain.


Inilah restoran yang dimaksudkan. Walaupun restoran ini kecil, pemilik restoran ini turut membuka kerusi dan meja tambahan di luar premis tersebut untuk menampung pengunjung restoran yang ramai.



"Nasi Lemak Power" inilah hidangan nasi lemak yang dipilih. Sesuai dengan taglinenya memang ternyata sedap dan rasanya lain dari rasa Nasi Lemak yang pernah saya cuba sebelum ini. Walaupun rupanye tidak seberapa, tetapi rasanya pasti menambat selera pengunjung restoran ini. Hidangan nasi lemak ini terletak pada cara pembuatannya. Pastinya tukang masak nasi lemak ini berpengalaman orangnya. Nasi Lemak Power terasa lemak santannya yang pekat, perisa(garam) yang cukup rasa dan bau keharuman daun pandannya yang membuatkan selera terbuka untuk tidak sabar merasanya.


Ini gambaran hidangan Nasi Lemak Power dengan lebih dekat, Nasi Lemak POwer ini datang sekali hidangan dengan ayam goreng berempah dan telur mata. Ayam berempahnye terasa keenakan rempah yang telah digaul dan memang sesuai dimakan bersama nasi lemak ini. Saya pasti pengunjung yang datang ke Restoran Ishana Maju ini tidak akan menyesal untuk mencubanya kali kedua dan seterusnya.


Ruangan luar restoran ini telah dipasang skrin besar untuk para pengunjung menonton tv sambil menikmati hidangan istimewa sambil merasai angin malam yang bertiup dingin. Restoran ini semakin ramai pengunjungnya apabila semakin lewat malam dan restoran ini dibuka sehingga pukul 3 pagi. Jika anda datang ke Melaka Negeri Bersejarah, jangan lupa berkunjung ke Restoran Ishana Maju dan mencuba hidangan istimewa ini. Lokasinya terletak di Taman Krubong Perdana,Krubong, Melaka.

^SELAMAT MENCUBA^ 






No comments:

Post a Comment