Thursday, 7 August 2014

NASI LEMAK WITH CURRY CHICKEN @ PAPARICH, BANDAR TASIK PERMAISURI, CHERAS


SYAZANA BINTI NORMAN
(SX122673GHLF04)




Assalamualaikum, Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia!
 (semangat sikitkan sempena bulan kemerdekaan ni) :)

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua topik yang manusia paling suka, dan paling tak boleh hidup tanpanya. Hhhaah.. Apa lagi kalau bukan topik MAKANAN! (dengar pasal makanan, laju sahaja kan) Jadi, hari ini saya ingin kongsikan kepada saudara-saudari makanan yang semestinya menjadi makanan TRADEMARK di Malaysia tidak lain dan tidak bukan Nasi Lemak.


Baru-baru ini, lewat jam 9.00 malam, saya keluar makan di sebuah restoran Paparich, terletak di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Asalnya sekadar untuk minum, berbual sambil melayari internet tetapi akhirnya terjebak juga untuk mencuba Nasi Lemak. Setelah lama di belek-belek buku menu makanan saya dapati ada 4 jenis hidangan Nasi Lemak di Paparich ini. Antaranya ialah  ‘Nasi Lemak with Fried Chicken’, Nasi Lemak with Fried Chicken Sweet Spicy Sotong, Nasi Lemak with Curry Chicken, dan Papa Special Nasi Lemak with Curry Chicken & Prawn’. Dalam banyak-banyak, pilihan saya adalah :
'NASI LEMAK WITH CURRY CHICKEN'






Kenapa? Mungkin pada saya ini sahaja antara Nasi Lemak yang ringkas dan tidak kering kerana adanya kari ayam bersama, memandangkan malam-malam begini makan nasi lemak. Bayangkan??!
'NASI LEMAK WITH CURRY CHICKEN'

Apabila pesanan makanan sampai kurang daripada 10 minit (menandakan servis yang cepat) walaupun ramai pelanggan, perkara pertama yang selalu saya cerewetkan adalah membuat perbandingan, SAMA atau TIDAK gambar di dalam buku menu dengan hidangan sebenar. Melihatkan semua bahan asas Nasi Lemak cukup lengkap dan sama dengan apa yang tertera di buku, sekaligus ianya makin menambahkan selera saya. Rasanya yang boleh dikategorikan sedap juga, Cuma bagi saya, kari ayam itu perlu kasi KAW! sedikit lagi. Harganya pula RM11.90 (paling murah berbanding dengan 3 jenis nasi lemak yang lain disebutkan tadi). Harga standard untuk restaurant besar seperti ini yang di lengkapi dengan internet wi-fi percuma, suasana yang selesa, tempat yang menarik dan relevan dengan keenakkan makanannya.
Cubalah .. 

 

No comments:

Post a Comment