Thursday 7 August 2014

Ulasan Nasi Lemak

Nama : Kumaran a/l Rengiah
No. Matrik : SX120013BECS04




 


Nasi Lemak, iaitu nasi yang dimasak dengan santan, dihidang dengan bahan- bahan asas seperti sambal ikan bilis, telur rebus atau goreng, timun, kacang dan ikan bilis goreng, merupakan hidangan kegemaran semua bangsa di Malaysia dan ianya merupakan  masakan Melayu. Nasi Lemak boleh dihidangkan dalam kepelbagaian citarasa mengikut kehendak masing – masing dan boleh dimakan pada waktu pagi, petang atau malam.  Nasi lemak bukan sahaja boleh diperolehi daripada Restoran Melayu, malah ianya juga boleh diperolehi secara meluas  di Restoran Indian dan juga Cina di negara kita Malaysia. Masakan Nasi lemak dikalangan masyarakat Indian merupakan satu cross culture daripada masyarakat Melayu.
Merujuk kepada gambar Nasi lemak diatas, saya telah menikmatinya di Kedai Makanan Selvaa yang terletak di Taman Melawis, Klang. Antara hidangan sampingan bagi Nasi Lemak tersebut adalah kacang goreng, ikan bilis goreng, kepingan timun, telur rebus, ayam goreng  dan sambal. Harga bagi Nasi Lemak tersebut adalah RM 5.50 yang berbaloi dengan kandunganya yang memuaskan bagi saya.
Hidangan nasi lemak dengan bau santan kelapa dan daun pandan dengan sambal ikan bilis yang pedas dan manis begitu menyelerakan. Kacang tanah dan ikan bilis yang digoreng dengan secukupnya begitu sedap dimakan. Tambahan ayam goreng dan telur rebus merupakan makanan kegemaran saya, telah menambah keenakan nasi lemak yang saya nikmati di Kedai Makanan Selvaa.
Selain daripada hidangan nasi lemak yang asas, nasi lemak juga boleh dimakan bersama kari ayam, kari kambing, sambal sotong, sambal udang, sambal petai atau rendang mengikut selera masing-masing.  



No comments:

Post a Comment