Mohd Asmazi Bin Mohd Yazid
SX122698GUF04
Kedai Nasi Lemak Daun Pisang Abg. Shamsul/Janggut
No
28/29 Medan Selera AU2 C (Felda), Taman Seri Keramat.
Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada
kita semua. Ia sememangnya menjadi kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara
malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar,
berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar.
Permintaan di dalam industri
perniagaan pemakanan di bandaraya ini sangat tinggi, di sini terdapat pelbagai jenis
makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa
pelusuk dunia. Antara menu yang mendapat permintaan yang tinggi adalah masakan
tradisional orang melayu iaitu nasi lemak.
Sekiranya anda merancang untuk
bersarapan dengan nasi lemak, terdapat salah satu pilihan kedai makan yang amat
menyelerakan iaitu di Kedai Nasi Lemak Daun Pisang Abang Shamsul. Lokasinya
amat mudah dicari iaitu hanya berada di kawasan Medan Selera AU2C di belakang
bangunan Jusco Setiawangsa AU2.
Selain dikenali dengan Kedai Nasi
Lemak Abang Syamsul, ia juga turut dikenali dengan nama Kedai Nasi Lemak
Janggut. Kedai ini beroperasi pada setiap hari Selasa hingga Ahad (Isnin
tutup), dibuka seawal jam 7 pagi hingga jam 1 petang. Abang Syamsul mula
berniaga nasi lemak pada tahun 1986 di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan pada
tahun 1994 beliau berpindah ke Medan Selera AU2.
Walaupun tanpa “signboard” yang
gah, tetapi keenakkan nasi lemak daun pisang di sini merupakan “trade mark” yang
dapat menarik garisan panjang para pelanggannya pada setiap pagi. Walaupun
barisan menunggunya agak panjang, namun servis disini amat baik kerana mereka
memiliki pekerja yang ramai. Dihidangkan dengan beralaskan daun pisang, nasinya
yang lembut mempunyai aroma yang sangat menyegarkan dapat menangkap selera para
pelanggannya tambahan pula digabungkan dengan sambal kemerahan yang istimewa, tidak
terlalu pedas dan tidak terlalu manis membolehkan ia sesuai dimakan oleh orang
dewasa ataupun kanak-kanak.
Selain daripada komponen asas
nasi lemak seperti telor, timun, ikan bilis dan kacang tanah goreng, kekuatan
Nasi Lemak Daun Pisang Abang Syamsul adalah terletak pada aroma dan perisa ayam
goreng berempah yang sangat rangup dan dapat memukau pelanggannya. Dihidangkan dengan
sayur kangkung goreng yang sungguh enak menjadikan nasi lemak ini “marvelous” .
Selain itu, terdapat juga lauk pauk tambahan seperti daging masak kicap, kerang
masak rendang, ikan sardin masak pedas, paru goreng yang rangup dan lain-lain
lagi, disini juga para pelanggannya boleh memilih dan menceduk sendiri lauk
mengikut kuantiti yang dikehendaki.
Selain dari nasi lemak, kedai
Abang Syamsul juga menawarkan juadah lain seperti roti canai, mihon goreng dan pelbagai kueh muih.
Namun, yang menjadi tumpuan para pelanggannya adalah nasi lemak daun pisang dan
ayam goreng berempahnya.
Jika anda berbicara dengan
pelanggannya yang sedang menjamu selera di sini, dengan mudah mereka akan
menyatakan kesediaan untuk kembali semula ke kedai ini bagi menikmati nasi lemaknya, kerana bukan
hanya makanannya yang dapat memenuhi citarasa, tetapi servisnya yang amat baik
dan harganya yang berpatutan turut menjadi pilihan.
No comments:
Post a Comment