Friday, 8 August 2014

FOOD REVIEW FOR SATE ZAINI

AZRINA IBRAHIM | SX120051BELS04

Walaupun memandu ke Ampang itu agak sedikit sesak dengan trafik, tetapi bagi mendapatkan sate zaini, ia adalah sangat berbaloi. Gerai ini telah wujud selama 30 tahun dan setiap malam anda akan dapat  lihat orang beratur untuk mendapat makanan mereka atau membungkus beberapa untuk dibawa pulang bagi makan malam. Itulah puncanya kenapa kita lihat pelanggan mereka sentiasa ramai.

Sate daging memang well marinated, penuh berempah, isinya lembut dan sangat lazat. Namun sate ayamnya tidak sesedap daging lembunya, tetapi tetap terbaik. Kedua-duanya diperap cukup lama sehingga isinya menyerap rempahnya. Sekeping lemak dilapiskan antara daging batang pinang yang lembut semata-mata untuk menjaga kelembutan apabila dibakar di atas api, dan akan menampakkan lemak menitis bagi memastikan ia lembap. Begitu juga dengan sate ayam yang dimasak dengan sempurna. Kuah kacang juga memainkan peranan, walaupun adalah semata-mata aksesori dan bukan satu keperluan tapi rasanya juga kene dengan selera saya. Delish! Jadi apa yang membuat sate di sini berbeza dari banyak gerai-gerai lain di seluruh bandar? Jika anda lihat dengan teliti di tempat pembakar,  api mengeluarkan cahaya yang berwarna biru ketuaan sedikit, ia menunjukkan haba yang dikeluarkan adalah tinggi daripada bara merah biasa. Ini adalah kerana penggunaan batu sungai sebagai tambahan kepada arang, yang menyimpan haba dan menghasilkan haba yang tinggi. Memasak sate dengan cara ini membolehkan daging untuk dimasak cepat.


Selain daripada sate daging dan ayam, Zaini sate juga menjual sate hati ayam, sate perut dan kambing. Harga bagi secucuk sate kambing ialah RM1.00 manakala sate perut dan hati ayam adalah RM1.20, bagi ayam dan danging hanya 70sen setiap cucuk. Bagi sebungkus nasi Impit pula adalah RM4.

Jika anda mempunyai keinginan untuk mencuba sate yang dipanggang dengan sempurna, ini adalah tempatnya dan anda mesti cuba!!! 


No comments:

Post a Comment