NAZREEN IREEN SHAH BIN KAMARUDIN - (NISK)
SX120112BQS04
Di sini adalah antara 'port' terbaik untuk melepak selepas waktu bekerja. Tika penat bekerja sepanjang hari, bolehlah singgah di sini untuk minum-minum petang sambil menyantap menu utamanya, SATE KAJANG. Terletak betul-betul di tengah Pekan Kajang, berdekatan sahaja dengan Balai Polis dan Mini Stadium Kajang.
Pelbagai jenis sate boleh didapati di sini, antaranya, sate ayam, sate daging, sate perut, serta sate rusa (selalu 'out of stock', siapa cepat dia dapat). Kadar harga bagi secucuk sate mengikut jenis sate yang dipesan.
Bagi yang tidak meminati sate, menu 'ala carte' juga turut disediakan. Sesuai untuk seisi keluarga, berkumpulan mahupun yang 'forever alone'. Heee..
Mai mai, jangan lupa singgah..
Selamat Menjamu Selera
No comments:
Post a Comment