Monday, 4 August 2014

~ Nasi Lemak : Village Park Restaurant ~

FAIDAH ARIFFIN @ OSMAN (SX120088BQS04)


Jika terdapat satu tempat nasi lemak yang dikunjungi oleh ramai selebriti, VIP dan ahli politik, tempat itu seharuslah VILLAGE PARK RESTAURANT di Damansara Utama (Uptown). Anda boleh melihat gambar-gambar seperti Tun Dr Mahathir dan pasangan, Dato' Sri Haji Mohammad Najib dan keluarga, Dato Haron Din, Lee Chong Wei dan ramai lagi menghiasi dinding-dinding restoran ini.


Village Park Restaurant terletak di rumah kedai No.5, Jalan SS21/37, Damansara Utama. Seperti kebanyakkan restoran popular, restoran ini agak padat pada waktu makan tengah hari dan makan malam. Untuk mengelakkan waktu tersebut, datanglah pada awal pagi atau pada waktu ganjil. Restoran ini dibuka seawal jam 7:00 pagi hingga 8:00 malam (Isnin hingga Sabtu) dan jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang (Ahad). 

Nasi lemak adalah makanan yang mudah dan enak. Ada yang mengatakan yang nasi lemak yang baik bergantung kepada sambalnya. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Mungkin kerana, saya bukanlah pecinta sambal. Pada saya, nasi lemak lazat bergantung kepada pakej sepinggan Nasi Lemak yang lengkap, Ia harus mempunyai nasi dengan kepekatan santan kelapa dan haruman daun pandan, ikan bilis  dan kacang goreng yang rangup, timun yang baru dipotong, telur cantik, sambal tidak terlalu pedas dan diletakan diatas daun pisang. Anda akan mendapat banyak tekstur dalam pinggan tersebut. Dengan lauk tambahan seperti ayam digoreng berempah dengan lapisan luar rangup dan potongan rendang daging yang lembut, anda akan menyukainya.(Emmmm.. sedapnyaaa...)


Jika anda berkunjung pada waktu kemuncak, untuk mendapatkan nasi lemak ini anda perlu berbaris panjang. Anda akan dapat melihat longokan ayam goreng berempahnya, pelayan-pelayan yang pantas melaksanakan tugas masing-masing (seperti robot pon ade). Selain nasi lemak anda juga boleh memilih menu seperti Mee Hailam, Sup Berbola, Kuih-muih dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, restoran ini adalah milikan pasangan cina muslim. Tidak hairanlah jika dilihat dekorasi dan konsep restoran ini ala-ala kedai kopi cina yang agak santai. Anda juga berpeluang memilih tempat sama ada makan diruangan dalam (air-cond.) ataupun diluar (berkhemah) dah macam kenduri pulak.   

Memang terbukti Nasi Lemak disini sangat sedap dan popular. Bukan kerana popularitinya oleh kunjungan orang ternama dan penyiarannya di televisyen (Jalan-Jalan Cari Makan) dan akhbar serta majalah... 

No comments:

Post a Comment