Monday, 4 August 2014

WARONG NASI LEMAK PANAS (WARISAN SAMBAL OPAH) – USJ 9

NORINA BINTI HARUN
SX120488GHLS04

Tertanya nasi lemak mana yang terbaik dan popular di Subang Jaya?

Kalau pergi ke sini, tidak sah tidak beratur ‘Q’. Memang ramai orang lagi-lagi menjelang waktu malam. Cari meja kosong pon tertinjau-tinjau dari luar. Memang dasyat la penangan sesiapa yang ingin mencuba nasi lemak terbaik ni. Kenapa begitu diminati? Mari kita bongkar rahsia warong ni.

Ramuan dia memang dari turun temurun dan asli (sejak tahun 1960). Nasi lemak cukup santan dan garam dimasak panas-panas, semerbak harum bau daun pisang dan disulami sambal ikan bilis pedas membara sehangat api.

‘Self-service’ memudahkan pelanggan untuk mengambil lauk-pauk yang digemari dan mewujudkan suasana yang menarik.

Pelbagai lauk-pauk yang disediakan dan sungguh menyelerakan seperti ayam goreng rempah, ayam sambal, daging rendang, paru goreng, sambal lala, sambal sotong dan banyak lagi.

Harga untuk sebungkus nasi lemak ialah RM1 berpatutan dengan kuantitinya. Tambahan untuk lauk lain dikira pada harga yang berasingan. Walaupon harga lauk amat mahal tapi ianya amat berpuas ati.

Bagi saya, sekiranya harga dikurangkan sedikit mungkin membuatkan orang ramai akan selalu makan di restoran ini.

Restoran ini pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 sebagai publisiti untuk menarik pelanggan. Lokasi tempat ni bersebelahan dengan masjid Al-Falah, dibelakang Restoran Munawarah dan berhadapan dengan Restoran Menara. Waktu operasi dari pukul 5.30 petang sampai 5.00 pagi.

No comments:

Post a Comment