Wednesday, 6 August 2014

Omaq Char Kuey Teow

~ Food Review ~

SAIFUL AZLI BIN MAZALAN @ SX122706GUF04



Omaq Char Kuey Teow

Padang MDK, Parit Buntar, Perak, Malaysia

Sempena cuti hari raya, saya berkesempatan untuk mencuba the best Char Kuey Teow in town…..iaitu Omaq Char Kuey Teow. Lokasinya terletak di Parit Buntar. Hendak tahu dekat mana senang saja… Omaq Char Kuey Teow terletak di bangunan medan selera Padang MDK Parit Buntar iaitu berhadapan dengan mercu tanda Parit Buntar iaitu Menara Jam.



Char Kuey Teow Paling Sedap

Char Kuey Toew di sini memang terkenal di kalangan penduduk Parit Buntar dan juga daerah-daerah sekitarnya seperti Nibong Tebal, Pulau Pinang dan juga Bandar Baharu, Kedah. Maka tidak hairanlah apabila
Omaq Char Kuey Teow ini juga pernah memasuki salah satu episod di dalam program Warung Kita di Astro Prima. Glamour la masuk tv….!!!!

Rata-rata pengunjung yang aku temui mengakui kesedapan dan kelazatan Char Kuey Teow di sini. Seperti kata salah seorang pengunjung yang aku temui, salah satu tarikan dan keistimewaan yang terdapat pada Omaq Char Kuey Teow adalah Selak-selak udang baru jumpa char kuey teow, bukan sebaliknya!”. Sungguh menarik!! Dengan harga yang murah serendah RM 3.00 sepinggan, udang yang fresh digunakan dan kuah yang sedap, Omaq Char Kuey Teow menjadi bualan dan cakap-cakap di kalangan penduduk setempat dan juga luar daerah sehingga digelar ‘the best Char Kuey Teow in town’. Memang berbaloi-baloi.



Memang aku tidak nafikan Omaq Char Kuey Teow adalah yang terbaik aku pernah makan. Marvelous…..!!! Kalaulah aku pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, pastikan aku bagi 5 star rating untuk Char Kuey Teow dekat sini!


Wireless Internet - Free!

Lagi satu yang bagusnya dekat medan selera ini juga ada wifi free. Dah la makanan sini sedap dan murah, dapat pula wifi free…memang berbaloi la makan dekat sini. Siapa-siapa yang rasa hendak lepak lama-lama memang best la….boleh surfing internet secara free. FREE, tahu tak? Mesti ada yang katakan - kalau free mesti lambat terkedek-kedek. Memang silap besar! Di Parit Buntar ini terdapat connection internet free dan high-speed hasil daripada ihsan Pejabat MDK Parit Buntar. Credit to MDK Parit Buntar yang baik hati bagi wifi free. Thumbs up!!!

Selamat Mencuba
Pada peminat tegar Char Kuey Teow, mencari-cari yang sedap dan murah, saya sarankan untuk mencuba sendiri Omaq Char Kuey Teow. Pastinya anda tidak akan menyesal. Selamat mencuba!!
 

No comments:

Post a Comment