Alira bt Mat Abdullah
SX122687GUF04
Satay Station Ampang Waterfront terletak di
1 Jalan Awf 3a, Ampang Waterfront sebaris dengan Oldtown Ampang, di buka pada 28
march 2011. Bagi pengguna gps boleh menggunakan koordinat N 3 083654, E 101 464645 untuk mendapatkan kedudukan lokasi dengan cepat. Satay station menjadi tempat kesukaan suami saya yang sememangnya
penggemar tegar satay. Satay station
menyediakan tempat duduk yang banyak yang mampu untuk menampung sehingga 700
orang dalam satu masa. Selain dari dekorasi restoran yang yang menarik,
bersih dan selesa. Tempatnya yang besar
dan luas amat sesuai untuk tempahan majlis ulangtahun, majlis harijadi dan
lain-lain lagi. Bagi yang mempunyai anak-anak yang kecil juga selamat kerana
restoren ini terletak jauh dari jalan raya. Di sini parking kereta tidak
menjadi masalah kerana disediakan tempat parking yang banyak.
Satay disini memang sedap, isinya
penuh berempah, lembut dan sangat lazat. Bagi saya satay daging lembunya lebih
sedap daripada satay ayam. Isi satay daging amat lembut dan rempahnya menyerap
hingga ke isi, memang terasa rempah ratusnya . Tetapi, harganya agak mahal berbanding
gerai satay yang lain, satay ayam berharga RM1.40 dan sate daging berharga
RM1.60. Namun ia tetap berbaloi kerana saiznya amat besar. Kuah sate juga sedap,
ini menambahkan lagi kesedapan satay station. Kuah satay yang manis amat sesuai untuk di makan bersama nasi himpit. Satay station juga menyediakan
pelbagai menu yang dijual di gerai yang berasingan namun terletak di dalam
restoran itu juga. Saya telah mencuba mee rebus dan juga sup dagingnya. Rasanya
memang sedap, ini memberikan pilihan kepada pengunjung yang tidak makan satay tetapi dapat bersama menikmati keluarga atau kawan-kawan yang mengemari satay.
Pengunjung juga akan dihiburkan dengan
kumpulan nyanyian yang mendendangkan lagu-lagu klasik. Suasana yang santai ini
amat sesuai bagi yang berkeluarga untuk meluangkan masa bersama-sama setelah
penat bekerja. Ia menyediakan suasana yang agak tenang kerana persekitarannya yang luas dan selesa. Bagi sesiapa yang belum mencuba keenakan satay station boleh la cuba. Satay station mempunyai banyak cawangan di sekitar lembah Klang. Silalah cuba...
Address : Ampang Waterfront Phase 2
- 68000 Kuala Lumpur, Malaysia
Website : http://sataystation.blogspot.com/
StatusToday : 10:00am - 9:30amHours
No comments:
Post a Comment