Thursday, 7 August 2014

NASI LEMAK



HARON BIN SAMSUDDIN
SX122690GUF04

NASI LEMAK

 Nasi Lemak? Apabila disebut makanan sarapan pagi yang paling sedap, sudah tentunya masakan nasi lemak yang dibuat oleh emak. Ianya merupakan bekalan sarapan pagi ketika ke sekolah dan juga kebun pada era 70an dan 80an. Tapi kini, masakan air tangan emak tidak dapat dirasai lagi (emak tidak berapa sihat) namun masakan dan makanan ini dapat diwarisi oleh generasi kedua. Nasi lemak hidangan yang ringkas, mudah dan sedap. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa dengan cara masakan tradisional dan sambal ikan bilis pedas-sedap sudah tentunya tidak dapat dilupakan. Nasi lemak adalah masakan yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

 Nasi Lemak merupakan makanan tradisi bagi masyarakat melayu dan boleh ditemui di mana-mana tetapi bagi mendapatkan masakan yang betul-betul sedap agak sukar ditemui. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur rebus, timun, kacang goreng dan bersambalkan ikan bilis goreng. Tetapi kini, nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk pauk seperti daging, ayam, sotong, udang dan sebagainya yang menyebabkan makanan ini boleh diterima oleh pelbagai kaum. Pada masakini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ianya boleh dinikmati pada waktu makan tengahari dan malam.

            Pada alaf ini, Nasi Lemak bukan lagi merupakan makanan yang dijual di tepi jalan saja malahan telah memasuki pasaran restoran, hotel dan sebagainya. Pengusahanya pula bukannya dikalangan orang melayu sahaja malahan diusaha oleh kaum lain. Saya ingin menarik perhatian pembaca, terdapat pengusaha boleh menguruskan perniagaan nasi lemak dan teh tarik dengan kos yang agak murah. Nasi lemaknya bolehlah dikatogerikan sedap juga. Restoran ini menjadi tumpuan setiap hari. Restoran AL FALAH terletak di No: 42, Jalan Pauh Kajang 3/KU3, 42100 Batu Belah, Klang, Selangor.

       Restoran ini menjual pelbagai lauk-pauk termasuklah menu makanan tengahari dan masakannya sungguh menyelerakan. Apa yang menarik di restoran ini adalah nasi lemak dan teh tarik dijual dengan harga RM 3.00 dan bagi saya ianya bolehlah dikira sebagai harga yang berpatutan dengan kuantitinya. Bagi setiap tambahan lauk lain dikira pada harga yang berasingan. Mungkin ada sesetengah peniaga boleh jual lebih rendah dari harga ini, bagi saya kalau makanan itu sedap dan harga yang berpatutan sudah tentu ianya menjadi daya tarikan orangramai. "Apa Yang Penting" kesedapan dan keenakan makanan adalah mengikut selera masing-masing.



 “Makan Untuk Hidup atau Hidup Untuk Makan” renung-renungkanlah…..
      


No comments:

Post a Comment