Friday 8 August 2014

Food Review - The Best Char Keow Teow@Klang Valley

MOHD SUFIAN ABDUL RAHMAN
SX1201103BQS04

CHAR KEOW TEOW@ KLASIK FOOD




Kedai yang menjadi pilihan adalah kedai makanan ini dinamakan RestoranKlasik Food yang berada di berhampiran Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya.Kedai ini menjadi pilihan penduduk daripada Pangsapuri Angsana dan penduduk sekitar kerana ianya menyediakan pelbagai masakkan panas dan berada dilaluan jalan utama untuk ke kawasan perindustrian.Kedai ini menjalankan perniagaan dua sesi iaitu waktu pagi sampai petang untuk masak campur dan malam pula untuk masakkan panas. Di kedai ini, pelbagai menu masakkan panas disediakan dalam banyak-banyak menu saya memilih untuk merasa char keow teow klasik. Selepas merasakan masakkan panas yang disediakan iaitu char keow teow klasik ini menepati cita rasa saya sebagai pelanggan ianya rasa sedikit pedas. Dari  segi pandangansaya, warna char keow teow ini sesuai dan jika dicampur dengan sedikit kicap ataupun sos tiram dapat menjadikan ianya lebih sedap. Dari segi harga sangat berpatutan dengan restoran-restoran lain. Bahan-bahan masakkan yang digunakan seperti sayur, ayam, telor, lada dan sebagainya. Campuran sayurnya tidak terlalu banyak. Kalau diperhatikan Char Keow Teow ini ditaburkan bawang goring diatasnya untuk membangkitkan bau dan rasa. Kualiti makanan boleh dikatakan sesuai dengan harga dan tempoh menunggu tempahan menu tidak melebihi  15  minit selepas diambil pesanan daripada pelanggan.

No comments:

Post a Comment