MOHD RUDHWAN ALIAS
|
SX120101BQS04
|
THE BEST
SATAY@KLANG VALLEY
-Baiduri Satay-
Satay restoran Baiduri…seindah
namanya. Satu kiosk kecik yang disewa dengan restoran mamak Baiduri yang terletak
di Bandar Puteri Puchong, Selangor. Apa yang sedap tentang satay ini, tentu
sekali keunikan rasanya yang tersendiri, sekali rasa mesti mau lagi. Walaupun
nama nya tak sepopular satay kajang Haji Samuri atau pun satay station di
kampung baru kuala lumpur tapi rasanya yang unik dengan keaslian rasa satay
kampung yang sebenar. Penulis berpendapat rasa asli satay nya agak berbeza
dengan kebanyakan satay-satay yang popular seperti satay kajang atau pun satay
station kerana ia mengingatkan penulis kepada kampung halaman. Bagi yang dah
biasa rasa satay kajang penulis ‘recommend’ supaya mencuba satay baiduri ini. Rasanya
enak dengan ala-ala kekampungan dicicah pula dengan kuah kacang istimewa menambahkan
selera penulis dengan merasai hampir setiap minggu, ini mungkin kerana kerana
adunan rempah ratus yang diperap sempurna oleh pembuatnya atau mungkin ada
resipi-resipi rahsia turun temurun ahli keluarganya mungkin. Jika kesempatan
penulis akan bertanyakan rahsianya nanti. Keadaan kedai tidak lah ramai
pelanggan seperti kedai-kedai satay popular yang lain ini mungkin keenakan
belum tersebar luas atau mungkin kedudukan kedai tersebut agak tersorok sedikit
dari pandangan luar. Rata-rata pelanggan yang datang adalah dari kalangan
pelangggan yang dah pernah merasai sebelum ini. Yang tak best tentang satay ini
adalah saiz yang agak kecik berbanding satay kajang atau satay popular yang
lain dan harganya yang agak mahal berbanding saiz iaitu RM0.70 satu cucuk ini
mungkin kedudukan ditengah-tengah kepesatan pembangunan Bandar puteri Puchong menyebabkan
harganya sedikit mahal. Bagi penulis harga mahal tidaklah menjadi halangan
asalkan rasanya yang enak dan berbaloi dengan selera dan apa yang dibayar oleh
penulis. Penulis sarankan kepada kawan-kawan sekalian bolehlah datang mencuba
keeenakan satay baiduri yang terletak di Bandar puteri puchong kerana ia
memberi demensi berbeza berbanding satay-satay popular yang lain. Belum cuba
belum tahu…dah cuba hari-hari mau…wasallam..Selamat Hari raya.
No comments:
Post a Comment