MAULIDA
BT.BAILI
SX120094BQS04
THE BEST NASI LEMAK@KLANG
VALLEY
Lokasi: Det@Station – Ampang
Det@Station
terletak di Ampang, Avenue. Nasi lemak Ayam memang the best dan tidak rugi
untuk mencuba. Apa yang menarik mengenai nasi lemak di Det@Station.. Nasi,
sambal dan ayam goreng berempahnya mempunyai rasa yang tersendiri. Nasinya
sangat berlemak danaroma bau daun pandan mampu menaikkan selera. Rasa
sambalnya yang pedas dan diseimbangkan
dengan manis gula dan yang paling penting.. ayam berempahnya kurang
berminyak..dan sungguh rangup. !.
Senarai
Harga Nasi Lemak di Det@Station
Senarai Harga Nasi Lomak |
MURAH DAN BERBALOI YEOP!!
GAMBAR UNTUK SANTAPAN MATA.!!
THE BEST CHAR KEOW TEOW@KLANG VALLEY
Lokasi: Det@Station – Ampang
Char Keow teow dan Nasi Lemak
merupakan dua menu yang sangat popular di Det@station.! Char keow teow di
Det@station sememangnya owesome..! Tekstur char keow teow nya pekat dan rasa
udang serta keaslian char keow teow nya memang terasa di tekak..
THE BEST SATAY AT KLANG VALLEY
“WiLLy SAtay@Sungai Ramal FoOd
Junction”
Suatu Ketika dahulu, jika ingin mencari satay yang
sedap, sudah tentu Satay Kajang Haji Samuri menjadi pilihan. Namun kini, tidak
lagi..! Willy Satay kini bertakhta di hati. !
Ok,
apa yang menarik mengenai satay willy ini adalah, size daging sataynya yang
besar dan gemuk-gemuk dan berbaloi dengan harganya. Ok, harga satay adalah
dalam lingkungan Rm0.70-Rm0.80 Sahaja. Dagingnya sangat lembut dan “juicy”. Kuah
kacang satay willy juga pekat dan sedap. Kombinasi kuah kacang dengan rempah
daging satay, sangat superb.! Bukan itu sahaja, nasi impit yang di hidangkan
bersama satay, bukanlah nasi impit adabi yang biasa kita lihat, tetapi nasi
impitnya di rebus di dalam daun pisang atau dikenali sebagai lontong. Ianya
sangat lembut dan terserlah wangian daun pisangnya. Kesedapan willy satay ini
dapat terbukti dengan keramaian pengunjung yang sangat padat di kedai tersebut,
terutamanya pada hujung minggu. Ini pendapat peribadi saya mengenai Willy
Satay, pada yang belum mencuba. Tak cuba rugi.!
No comments:
Post a Comment