Friday, 8 August 2014

~FOOD REVIEW - CHAR KUEW TEOW SPECIAL GULAM MEE~


NORHIDAYU ABDULLAH
SX110105BQS04

CHAR KUEW TEOW SPECIAL DARI RESTORAN GULAM MEE KOTA DAMANSARA

Rasanya mesti sudah ramai yang tahu tempat ni kan.Gulam Mee ni Restoran tu Beso gile. 2 buah kedai corner lot sudah di sambar owner Gulam ni digabungkan ada tempat makan terbuka dan tertutup. konsep Gulam Mee ni selain ade stall signature dish nye iaitu Mee Gulam. byk lagi stall2 yg ade antara nye stall sup, nasi lemak, char kuew teaw, satay, tomyam , rojak dan byk lagi la...

Tempat makan yang sangat selesa sesuai untuk melepak dan bersembang sambil makan tanpa sedar sudah bertambah dua tiga pinggan. Kebiasaannya Gulam Mee ini akan penuh dan ramai pelanggan pada waktu malam dan bertambah ramai apabila menjelang tengah malam.

Ok arini saya nak citer pasal char kuew teow yang da di kedai Gulam Mee ni. Saya telah order Char Kuew Teow Special. Apa beza nya dengan Char Kuew Teow biasa adalah telur mata. Ya allah masa menikmati char kuew teow ni memang x tengok kiri kanan dah. Sebab dalamnya da 6 ekor udang yang saiz nya boleh tahan besar jugak dan kuah dia yang melimpah tu cukup rasa manis dan pedasnya cukup sebati memang makan tak ingat dunia dah.

Nak bagi korang teliur sikit lihat laa gambarnya..





Untuk siapa yang nak sampai kt Gulam Mee ni ikut alamat ni ok B13A-G, Bistari De’Kota Jalan Teknologi 3/9 Kota Damansara 47810 PJ, Selangor.









No comments:

Post a Comment