Friday, 8 August 2014

NASI LEMAK PANAS MARVELLOUS....

SAIFUL BAHARI BIN ABDULLAH (SX120124BQS04)

Nasi Lemak ialah sejenis makanan yang sinonim dengan orang melayu sejak dari zaman dulu lagi. Nasi lemak biasanya dijadikan makanan sarapan pagi oleh orang-orang melayu. Walaubagaimanapun sekarang ini nasi lemak boleh didapati pada bila-bila masa tidak kira pagi, tengahari, petang ataupun malam. Pada masa ini nasi lemak bukan hanya digemari oleh orang melayu, malah orang cina dan india juga menggemarinya, sehingga ada juga dikalangan orang cina dan india yang pandai mebuat nasi nasi lemak. Komponen penting nasi lemak ialah nasi, sambal ikan bilis, telur rebus, timun dan kadangkala kacang goreng.



Di Ampang, khususnya di Taman Bukit Indah nasi lemak ‘Marvellous’ tidak asing bagi masyarakat disini. Nasi lemak ‘Marvellous’ menjadi pilihan ramai bukan hanya kerana rasanya yang lazat malah harganya sangat murah iaitu cuma RM0.80 sen sebungkus. Nasinya yang dimasak dengan penuh rasa ‘lemak’ dengan sambalnya yang sangat enak  dibungkus menggunakan daun pisangmenjadikan nasi lemak ‘Marvellous’ menjadi antara pilihan masyarakat Ampang tidak kira bangsa samada melayu, cina dan india.  Nasi lemak ‘Marvellous’ yang dijual dengan harga 80 sen sebungkus ini hanya berlaukan telur rebus walaubagaimanapun pelanggan juga diberi pilihan lauk tambahan lain seperti sambal sotong, ayam goreng, telur goreng, ayam masak sambal dan paru goreng. Dan harganya akan berubah mengikut lauk tambahan yang diminta. Dengan harga yang hanya 80 sen sebungkus, biasanya setiap pelanggan akan makan sekurang-kurangnya dua bungkus seorang berserta dengan lauk-lauk tambahan lain.

Jika dibandingkan nasi lemak ‘Marvellous’ ini dengan nasi lemak Kelantan, ianya sedikit berbeza. Ini kerana biasanya nasi lemak Kelantan, sambal ikan bilis dimasak bersama-sama dan rasanya juga lebih pedas. Nasi lemak Kelantan rasanya lebih ‘lemak’ dan tidak dihidangkan bersama-sama kacang goreng. Secara peribadi walaupun nasi lemak ‘Marvellous’ ini sedap dan enak ianya tidaklah seenak nasi lemak Kelantan terutamanya yang dimasak oleh emak saya. Bagi saya masakan mak dengan hasil ‘air tangan mak’ tiada tandingannya, yang pasti semuanya sedap bila sesuatu masakan itu dibuat oleh mak kita.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment