FOOD REVIEW : CHAR KOAY TEOW (Simply Delicious Penang Mai Serina
Redzuawan)
NOR LAILA BINTI ABD. WAHAB
SX120114BQS04
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman manis
berkunjung ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai milik seorang
artis Malaysia yang tidak asing lagi, Serina Redzuawan di Kota Damansara.
Turut dimaklumkan oleh pengurus Serina, yang
segala makanan di Char Koay Teow Simply Delicious di saring sendiri oleh Serina
untuk menjaga kualiti restoran dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Bertemakan warna pink kerana pemiliknya memang
“gila” pink, hiasan dan susunan yang kemas serta cantik mejadikan restoran ini
sangat menarik. Susun atur kerusi mejanya cukup santai. Pelanggan boleh memilih
untuk makan di dalam restoran atau open air tetapi perlu buat
pesanan dan bayaran terlebih dahulu di kaunter.
Beza char koay teow yang kecil dan besar hanya
RM1.00. Kalau kaki char koay teow jangan segan segan amik yang besar atau special terus.
Sangat sedap!
Kalau nak rasa lagi special try char koay teow
goreng istimewa. Siap ada telur goyang lagi. Sedap sangat.
No comments:
Post a Comment