Friday, 8 August 2014

FOOD REVIEW

ZAHIDATUL HUSNA BT MOHD ROSLAN
SX120138BQS04


Nasi lemak Ujang, Taman Greenwood

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan hari setiap hujung minggu saya akan makan nasi lemak disini, jadi saya akan bawakan anda semua untuk melihat NASI LEMAK yang TERBAIK ni! (tengok saja. . . . kalau teringin, boleh la datang sendiri.hehe). Nasib agak baik sebab tidak ramai orang. Lebih kurang 15 orang sahaja. Kalau anda datang jam 8.00 - 10.00 malam, pasti beratur panjang. Hampir setengah jam beratur, baru giliran saya tiba. Bukan kerana servisnya yang lembab, tapi sebab ada beberapa pelanggan yang membeli dengan bilangan yang banyak untuk dibawa pulang. 

Nasi lemak Ujang Corner memang terkenal di Greenwood sejak lama lagi. Pemilik dan pengasasnya Nasi Lemak Ujang bernama Juairiah Mohd. Sharif, 60 tahun, kini Nasi Lemak Ujang sudahpun mengjangkau usia 33 tahun. Nasi Lemak Ujang dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 6 petang hingga 2.30 pagi.

Lauk pauk yang disediakan oleh Ujang juga berbagai jenis untuk disesuaikan dengan hidangan nasi lemak. Lauk pauk yang terdiri daripada ayam goreng, ayam masak merah, rendang ayam, rendang daging, sambal kerang, sambal sotong, sambal udang, ikan keli goreng sambal, paru goreng sambal, telur goreng dan juga bergedel bagi menambahkan lagi keenakan hidangan Nasi Lemak Ujang. Harganya??? Sangat-sangat berpatutan.

Saya percaya bukan saya seorang yang merasai kepuasan Nasi Lemak Ujang Corner, bahkan pelanggan-pelanggan lain juga. Buktinya, setiap malam pasti ramai orang akan mengunjungi warung tersebut untuk menjamu selera, biarpun terpaksa beratur panjang dan mengambil masa yang lama. 








No comments:

Post a Comment