Thursday, 7 August 2014

Food Review - Char Koay Teow Terbaik Di KL

MOHD ZAINI BIN MOHD MISMAN
SX122702GUF04




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan sekelian, “Char Koay Teow” antara salah satu makanan yang paling diminati di semua golongan, tidak kira usia yang kecil hingga yang berusia dan tak kira juga bangsa, Di Malaysia kita bersyukur kerana masih boleh menikmatinya. Tapi dimana nak cari yea kat area kuala lumpur yang besar nie……… jom kita zoooommmm… antara Char Koay Teow terbaik yang saya dengarlah…hehehe…

Lokasinya adalah di Danau Kota… Restoran yang dimaksudkan ialah “Mali’s Corner” Platinum Walk, Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur berhampiran dengan Uptown Danau Kota, korang yang pernah pergi uptown tu mesti tahukan..hehe..
Ok.. restoran ini saya lihat terkenal dengan Char Koay Teow dan Nasi Lemaknya.. Sistem layan diri diterapkan pada restoran ni.. so korang kene beratur dululah yea macam pesan makanan kat KFC macam tula rasanya… panjangnya orang beratur alahai… tapi nak rasa sedap ke tak sedap..dugaan sebelum menikmati hidangan…
Setelah sampai ke tempat pesanan… kita di beri pilihan, lihat gambar yea…




Harga yang ditawarkan menarik saya lihat, ada tiga pilihan yang “Biasa”, “Besar” dan “Istimewa”, harganya mestilah berbeza ikut citarasa masing-masingla yea.. Harga dah “OK”, macamana dengan hidangannya pula… Walahhhh….. Ini saya ambil hidangan "Istimewa"






Lihatlah hidangannya… Char Koay Teow yang dimasak memang cukup baik dan sempurna tu!.. Udang yang besar ( kira-kira lebih dari 10 ekor ) dan ada pula cili hijau jeruknya yang menaikkan selera yang tidak sabar nak mencuba…huhu bestttt… Alhamdulillah restoran ini memang tidak mengecewakan saya, antara rasa masakan Char Koay Teow saya rasa, jika diberi pilihan undian jumlah bintang.. Jika “5 bintang” terbaik… Restoran ini saya beri “4 bintang”.
Alamak terfikir pulak, Restoran Mali’s ni menyediakan makanan halal atau tidak? Jangan risau rakan-rakan sekelian, pemiliknya beragama Islam.. Empunya kedai ialah Encik Jamali Bin Saat dan Puan Rodziah binti Shafie.
Ok jika korang nak cuba sendiri ini...
Alamatnya : No. 9-1, Jalan Langkawi, Platinum Walk, Danau Kota, 53300, KL.
Jika ada GPS Lat/Long : 3.207115, 101.719161.
Waktu Operasi : 10.00 AM – 4.00 AM
Selamat Mencuba…. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.






No comments:

Post a Comment