Wednesday, 23 July 2014

Tugasan : Song Review Oleh Azahar

Nama                   :  Azahar Riza bin Omar
No. Kad Matriks  : SX122688GUF04


Cinta Di Dua Hati



                                             Pencipta         : Mario Kacang
                                    Penulis Lirik   : Mario Kacang
                                    Penyanyi        : Afgan

Sinopsis Lagu...

Lagu Cinta 2 Hati adalah berkisahkan tentang cinta baru yang muncul secara tidak sengaja di kala cinta semasa masih lagi berlangsung. Kisah seseorang yang sedang dilamun cinta dengan kekasihnya telah didatangi oleh seseorang yang lain pada waktu yang sama. Personal yang dilamun cinta oleh dua orang yang berlainan tersebut bagaikan di persimpangan dilema untuk menerima cinta baru yang sedang menyinggah di hatinya. Hendak dibuang sayang, hendak ditelan pahit, begitulah perumpamaan yang sesuai diuangkapkan kepada sang pencinta. Walaubagaimanapun, sebuah keputusan harus diputuskan oleh sang pencinta untuk memilih cinta dalam hidupnya. Ini adalah kerana hatinya tidak dapat membahagi-bahagikan cintanya kepada dua insan yang berlainan. Sang pencinta di dalam persimpangan cinta di dua hati.

Garapan melodi yang indah dan sayu, mampu meruntun pendengar yang menghayati melodinya. Ditambah dengan lirik yang mencengkam jiwa yang berada di persimpangan. Konsep lagu balada ini membawa kita kesedaran akan adanya cinta terhadap lebih daripada dua insan di dalam hidup kita. Penjiwaan nyanyian Afgan menambah ‘jiwa’ ke dalam lagu tersebut sehingga membuatkan kita terfikir tindakan yang harus dilakukan sekiranya perkara sedemikian berlaku di dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Secara kesimpulannya, lagu Cinta 2 Hati ini mampu mengusik jiwa pendengar. Di samping itu, lagu ini mampu mengajak kita untuk berfikir lebih menjauh tentang kehidupan seharian kita yang melalui pelbagai persimpangan yang harus dilalui dengan penuh gagah dan saksama. Lagu Cinta 2 Hati bukan sekadar lagu cinta, tetapi lagu yang mampu memberi idea kepada kita agar sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup yang fana ini. Antara bait lirik lagu ini ‘maafkan bila cinta ku tak mungkin ku persembahkan seutuhnya, maaf bila kau terluka… kerna ku jatuh di 2 hati…’, oh! sungguh melankolik. Daripada lagu ini telah wujudnya cerita yang dilakonkan oleh Afgan yang bertajuk 'CINTA 2 HATI'


Trailer 'Cinta 2 Hati' 

No comments:

Post a Comment