Tuesday, 22 July 2014

Nasi Lemak Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru

Md Ramadhan bin Hashim
Sx120017 Becs04

~NASI LEMAK KELAB SULTAN SULAIMAN~

Para pengemar nasi lemak pastinya amat sinonim dengan nama Nasi Lemak Antarabangsa ,Kampung Baru. Apabila orang bertanya tentang Kampung Baru, pastinya mereka akan mengatakan kelazatan Nasi Lemak Antarabangsa, tetapi terdapat satu lagi tempat yang agak popular di sekitar Kampung Baru untuk menikmati Nasi Lemak iaitu di restoran CT Garden atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Kelab Sultan Sulaiman, ianya mendapat nama kerana kedudukan kedai ini yang berhampiran (bahagian belakang bangunan Kelab Sultan Sulaiman)  dengan Bangunan Kelab Sultan Sulaiman dan ianya dijadikan sebagai mercu tanda bagi memudahkan orang ramai untuk datang ke restoran ini. Restoran ini beroperasi bermula jam 6 petang sehingga jam 5 pagi setiap hari.

Apa yang menariknya pada saya restoran ini adalah nasi lemaknya, walaupun dibungkus agak kecil tetapi harganya hanya RM0.70 sebungkus sahaja, (mana nak dapat harga murah macam ini lagi) selain itu ia menawarkan pelbagai lauk pauk dan sambal yang enak untuk dinikmati bersama nasi lemak. Antara lauk yang di tawarkan seperti sambal udang, sambal sotong, sambal kerang, sambal paru dan pelbagai lagi sambal yang amat membuka selera di tambah pula dengan ayam atau puyuh goreng berempah yang digoreng agak garing menjadikan ianya lebih menyelerakan untuk dinikmati. Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang pula menaikkan lagi aroma nasi lemak ini dan mengingatkan kita keenakan nasi lemak di kampung. Apa yang pasti jika berkunjung ke restoran ini 2 hingga 3 bungkus nasil lemak akan jadi habuan setiap pengunjung.

Suasana restoran ini juga memberikan satu keselesaan kepada pelanggan yang sedang menikmati makanan disini, Dengan keasikan melayan nasi lemak, disini terdapat satu ‘band jalanan’ yang sering menghiburkan para pelanggan dengan aluanan musik yang menyegarkan dan sedap di dengar. Tetapi jika anda mahukan layanan yang mesra disini bukan tempatnya, kerana di sini mengamalkan konsep layan diri, jadi layanan yang diberi biasa-biasa sahaja tetapi tetap memuaskan.

Cuma disini kesukaran untuk mendapat tempat meletak kereta agak ketara, terutama di waktu puncak iaitu jam 8 malam sehingga jam 10 malam, walaupun terdapat penjaga letak kereta yang tidak bertauliah yang sudi membantu menyelesaikan masalah ini, ianya perlu berserta sedikit bayaran (jika tidak mahu kereta anda dicalarkan). Tetapi bagi pengemar nasi lemak, ini bukan halangan bagi mereka. Apa yang penting ialah dapat menikmati nasi lemak terbaik di Kuala Lumpur. Jemput makan semua.

No comments:

Post a Comment