SYAZANA BINTI NORMAN
(SX122673GHLF04)
Mendengarkan lagu “Bisakah”
nyanyian penyanyi No.1 negara siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza pasti
anda semua kagum dengan melodi, lirik dan persembahan vokal yang dilontarkan.
Kebiasaan persepsi kita sering
kali mengaitkan keindahan melodi, lirik dan bahasanya yang begitu puitis, yang di
tampilkan di dalam lagu ini adalah lebih cenderung kepada menceritakan kisah sesebuah
percintaan. Ianya seperti menyingkap persoalan tentang perasaan yang bercampur baur
mengenai cinta, kesedihan, kekesalan, peluang, kepercayaan
dan kebahagiaan. Memang tidak dapat di nafikan apabila lagu ini juga telah menjadi salah satu lagu tema yang
di mainkan dalam drama cinta bersiri di TV3 ‘Gemersik Kalbu’ yang di adaptasi
daripada buku novel.
Akan tetapi, apabila di amati sepenuhnya
setelah di kaji berdasarkan lirik dan video klip lagu tersebut, saya cukup
tertarik dan tersentuh dengan kelainan pengisian SEBENAR yang cuba di bawakan
di mana terdapatnya nilai moral dan idea yang sangat positif dari sudut
perspektif berlainan selain mengaitkan keperihalan cinta semata. Sangat unik
kerana kebolehan lirik yang sama itu mampu menghasilkan kepelbagaian pengisian.
Kali ini, ianya mengisarkan tentang seorang remaja telah hanyut dengan dunianya
sendiri sehingga tiada hala tuju, dan akhirnya telah bejaya di masukkan ke
pusat PENGASIH untuk di bimbing. Merujuk kepada bait lirik pada rangkap korus :
“Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta”
Bisakah yang terhina dicinta”
“Bisakah
yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami”
Bisakah hatiku difahami”
Ianya sangat menekankan persoalan
perkataan ‘BISAKAH’ yang bermaksud mampukah seseorang itu di terima kembali
keluarganya setelah penyesalannya terhadap segala apa yang telah berlaku?
Masihkah ada kepercayaan dan peluang kedua baginya?? Dan jawapannya, YA, pasti ada.
Lagu ‘BISAKAH’ yang juga
merupakan lagu hasil dari cetusan penulis lirik iaitu Tessh R.S. di mana tajuk
lagunya menggunakan dialek Indonesia mungkin berkait kepada penulis liriknya
itu sendiri yang juga berasal dari Indonesia. (Tidak menjadi masalah dari segi
itu). Tajuk lagunya juga walaupun ringkas,
dalam masa yang sama penulis meletakkan satu persoalan sebagai ‘pembayang’
bagi menarik pendengar terus meneliti cerita yang ingin di sampaikan.
Bercakap pula mengenai komposer /
susunan musiknya adalah Aubrey Suwito memang tidak dapat dinafikan beliau mampu
menghasilkan sebuah lagu yang terkesan dalam jiwa dan industri seni yang mana lagu
tersebut meletakkan kekuatan range
vokal yang sangat mencabar kerana adanya ‘Low
note’ dan ‘High note’ berperingkat
yang memerlukan penyanyi HIT! dengan
tepat bagi memastikan penyampaian lagu tersebut berjaya dan meremangkan bulu
roma pada sesiapa yang mendengarnya.
Rating : *****
Rating : *****
No comments:
Post a Comment