MOHD
ZAINI BIN MOHD MISMAN
SX122702GUF04
Assalamualaikum w.b.t. dan salam
sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah pada malam ini izinkan saya untuk menulis satu perkara
mengenai sebuah lagu. Alhamdulillah, Dengan Izin-Nya kita diberi kesempatan
bernafas sekali lagi hari ini, Semasa saya berbuka puasa, terkumandang sebuah
lagu yang mengingatkan saya kepada “kematian”. Penyanyi berkumpulan yang
berasal dari Indonesia iaitu kumpulan “Ungu” menyanyikan sebuah lagu bertajuk “Bila
Tiba”. Tersentak hati bila dengar lagu ni, macam-macam persoalan yang timbul di
fikiran.
“Betul ke aku akan
mati nanti..bila?”
“Benarkah aku dah
bersedia untuk mati?”
“Jika hari ini adalah
hari terakhir hidupku, macamana aku nanti?”
Ya… betul, semua makhluk Allah yang
dicipta akan mati. Tapi betul ke kita dah bersedia? Kita cuba fahami lirik nie
“Mati
tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri”
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri”
Jikalau kita diberi
pilihan semasa mati nanti, apa yang kita semua mahu… saya rasa semua orang
berkehendakkan kematian yang baik, tetapi sesuatu perkara yang baik memerlukan
pengorbanan, Amal ibadah mesti dimaksimakan, Solat Fardhu 5 waktu belum cukup
sebenarnya, untuk membawa kita ke alam tersebut, kita tahukan… Kita tambahlah
dengan amalan lain, bersedekah, solat sunat, membaca Al-Quran, biar Allah lihat
kita senantiasa mengingati-Nya.
Setiap hari kita melakukan solat fardhu 5 waktu..
"
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ "
[Sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh
alam]
Sebenarnya kita sesuatu
masa dulu telah “berjanji” pada-Nya rakan-rakan
sekelian...
Malam ini 25 Ramadhan adalah merupakan antara 10 malam
Lailatur Qadar yang terakhir sebelum kita bertemu dengan Syawal, Cepat benar
rasaya masa berlalu, entahla, adakah segala amalan kita pada bulan Ramadhan
tahun ini akan diterima oleh-Nya ke tidak, hanya Allah sahaja yang tahu.Sedarlah
dan muhasabah diri bersama-sama, kita berdoa kepada-Nya, semoga kita semua
berada dalam golongan yang beriman dan yang beramal soleh…Aminnnn..
No comments:
Post a Comment