Thursday, 17 July 2014

~ SEASONS IN THE SUN ~

FAIDAH ARIFFIN @ OSMAN (SX120088BQS04)



SEASONS IN THE SUN lagu nyanyian kumpulan Westlife lirik oleh Brel, McKuen popular sekitar tahun 1999. Pada mulanya saya menggambarkan lagu ini tentang sebuah persahabatan yang akrab dan kegembiraan hidup bersama teman dan keluarga kerana seringkali mengulangi rangkap 'We have joy we have fun, We have seasons in the sun..' , tetapi apabila diamati sehingga akhir ia seakan sedih. Ia seperti menceritakan tentang surat terakhir yang dituliskan kepada sahabat dan keluarganya. Seolah-olah beliau telah melakukan kesilapan yang besar yang tidak dapat dimaafkan kerana beliau merasakan seperti '...blacksheep in the family...' dan seolah-olah akan pergi selamanya kerana banyak mengucapkan 'Goodby to you...' pada setiang rangkapnya. 

Sebenarnya lagu ini tentang nota terakhir dari seorang yang akan dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan membunuh teman karibnya yang mempunyai hubungan dengan isterinya. Disini dapat dijadikan ikhtibar bahawa tindakan yang terburu-buru memberi kesan sepanjang hidup. Penyesalan tidak dapat merubahkan keadaan. Oleh itu, sayangilah orang disekeliling kita dan fahami keadaan terlebih dahulu sebelum bertindak. Setiap tindakan ada baik buruknya.

Asalnya lagu ini hasil karya penyanyi sendiri iaitu Jacques Bell (1961), yang berjudul Le Moribond dalam bahasa France. Lagu asal ini menceritakan tentang ucapan terakhir yang ditujukan khas untuk isterinya. Beliau telah meluahkan rasa cinta dan kasihnya yang mendalam dalam lagu tersebut.

Kemudian diterjemahkan kepada bahan Inggeris oleh Jacques Brel dan Rod McKuen yang dinyanyikan oleh Terry Jacks (1974) dengan tajuk Seasons In the Sun. Bermula dari itu telah ramai artis yang memnyanyikannya semula dalam pelbagai versi antaranya, Vikingarna (Sweden), Klaus Hoffmann (German), Nirvana dan banyak lagi. 

Pada pendapat saya, nyanyian dari Terry Jacks lebih sedap didengari dan mudah untuk menjiwainya berbanding nyayian kini oleh Westlife. Mungkin kerana melodinya yang perlahan dan liriknya yang ringkas. Tidak hairanlah nyanyian Terry Jacks mendapat sambutan yang hangat dan memenangi pelbagai anugerah.  

No comments:

Post a Comment