NURSARWANIS MOHD RIPIN
SX120121BQS04
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Lagu
ini adalah menceritakan tentang kehidupan manusia. Ia mengisahkan tentang manusia
yang sering lupa ketika waktu senang. Ketika ia senang dibuai oleh mimpi-mimpi
yang indah dan selain itu juga ketika senang manusia sering lupa untuk
persiapan di waktu sukar atau waktu susah, kerana kehidupan ini umpama roda
yang sedang berputar dimana ada ketika ia berada diatas dan ada ketika ia
berada dibawah. Manusia juga sering beranggapan hanya apabila berlaku
kesulitan, itulah ujian dari maha Esa. Akan tetapi mereka lupa bahawa
kesenangan itu adalah ujian daripada Allah, ujian ini semua adalah untuk melihat
sejauhmana tahap kesyukuran mereka terhadap Allah. Kebanyakan daripada kita
tidak mensyukuri apa yang telah kita miliki, malah sering kali menyesali apa
yang belum di capai.
Disamping
itu, lagu ini juga menceritakan tentang kita perlu tabah dengan ujian yang diturunkan
oleh Allah. “Jangan difikir derita akan
berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan” rangkap ini jika difahami
dengan mata hati pasti seseorang manusia itu akan menjadi manusia yang hebat
kerana kerana ia tahu ujian itu adalah tarbiyah untuk mendidik ke satu tahap
yang lebih tinggi. Manusia yang tidak merasa kesusahan ia pasti tidak akan rasa
bersyukur dikala mendapat kesenangan dari Nya.
No comments:
Post a Comment