SATAY
WILLY
Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Mempunyai beberapa cawangan seperti di Taman Melati, Gombak, Perhentian Awan Besar dan lain-lain. Terkenal daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun, di Sungai Ramal Food Juction, Kajang terdapat Satay Willy yang semakin hari semakin mencipta nama.
Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat 'juicy' dan lembut dan begitu mudah memikat selera sesiapa sahaja yang merasainya. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada RM0.80sen, ianya berbaloi untuk dicuba.
Gerai Sate Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi.
Oleh kerana kedudukannya di 'food junction' maka, makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ. SATAY WILLY THE BEST!!!!!
No comments:
Post a Comment