Tuesday, 22 July 2014

KERONCONG UNTUK ANA - M.NASIR

SYARIFUDDIN BIN MUSTAKIM
SX120077BLS04
 
Lagu ini ada kisahnya...semakin diselam, semakin mendalam maksudnya...
Lirik : S Amin Shahab
penyanyi : M.Nasir (Kembara)
 
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu



Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana.. Ana..
Ana.. Ana..

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku

 
Keroncong membawa maksud suatu seni irama yang halus dan kemudiannya diadaptasi dan diterjemah dengan seribu satu makna oleh sang pencinta muzik. Dengan maksud keroncong itu sendiri boleh membuatkan si pendengar dapat merasakan suatu maksud mendalam yang cuba disampaikan. Lirik lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dimana ia menceritakan seseorang yang mendambakan kasih yang kian pudar. Dengan seribu harapan yang dicurahkan mengharapkan cinta dan kasih si DIA yang semakin kelam.

Lirik lagu keroncong untuk ana ini jelas membawa pendengar menyelami saat indah yang mengimbau kenangan lalu dengan hati yang kian lara. Lagu ini jelas memberi makna harapan yang didamba dapat diterima oleh si dia tatkala jiwa meronta. Harapan demi harapan dicipta untuk meraih simpati. Jika diselami secara mendalam, keutuhan kasih itu terpapar jelas. Dengan niat suci yang konkrit, jiwa halus meratapi setiap kisah perjalanan kasih yang tiada hujungnya.


 

No comments:

Post a Comment