FAHIRMI BIN JUAHIR
SX120478GHLS04
Lirik: Fynn Jamal
Komposer: Fynn Jamal , Tri Hadzir , Ag Coco
Terbitan: Kamar Seni Enterprise
Penyanyi: Fynn Jamal
Komposer: Fynn Jamal , Tri Hadzir , Ag Coco
Terbitan: Kamar Seni Enterprise
Penyanyi: Fynn Jamal
Saya telah memilih lagu 'Terbang Tunduk' yang mana lagu ini telah dinyanyikan oleh Fynn Jamal atau nama sebenarya Nur Affina Yanti Jamalludin merupakan seorang pemuzik, penulis dan penyajak bebas. Apabila saya mendengar lagu ini buat kali pertama, saya amat tertarik dengan melodinya serta bait-bait liriknya yang pada pandangan saya mempunyai maksud tersirat.
Lirik keseluruhan lagu ini menceritakan setinggi mana kita, jangan sampai kita lupa pada yang bawah dan sentiasa ingat asal usul kita. Selain itu, lirik lagu ini juga mengajak kita supaya adalah kita telah mengecapi kejayaan setelah cabaran dan halangan diharungi, ingatlah jangan sesekali kita cuba ego akan kejayaan tersebut malah sentiasa ingat asal usul serta tunduk kepada Yang Maha Esa kerana segalanya itu adalah milik Dia.
Lirik dalam lagu ini juga menceritakan bahawa dalam hidup ini segala dugaan, kepayahan, kemiskinan memang tidak dapat tidak ia akan kunjung datang ke dalam kehidupan yang bergelar insan. Namun ianya bukanlah satu halangan untuk seseorang insan itu berjaya dan maju dalam kehidupan. Apabila kita telah berjaya dalam hidup, segala keperitan dan kepayahan yang kita pernah lalui itu hendaklah dibuang dan jangan merungut kerana ia adalah latihan dalam kehidupan untuk kita gigih berusaha menjadi manusia yang berjaya. Seperti lirik lagu di bawah:
Tiap apa yang mematah tegakmu,
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Saya amat menyukai lirik lagu ini kerana maksud liriknya adalah jelas maknanya kita dapat faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis lirik ini yang mana sehebat manapun kita, tidak kiralah apa jawatan pangkat sekalipun yang kita miliki, sebanyak mana harta yang kita ada, seluas mana ilmu kita, jangan kita lupa asal usul kita kerana semua itu bukan milik kita yang hakiki malah ia adalah pinjaman sementara yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa. Dia lah sahaja yang memilikinya secara hakiki. Oleh itu, jangan kita berlaku sombong dan ego terhadap orang lain. Sebab itu, dalam lirik akhir lagu ini, penulis cuba memasukkan lirik yang mana meminta kepada Tuhan supaya kita sentiasa tunduk dan tidak bersikap sombong sehingga akhir hayat kita. Seperti lirik di bawah:
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Nice review :) glad im not the only one who actually think the lyrics has a deep meaning :)
ReplyDelete