SX122710GUF04
Bila Waktu Telah Berakhir
Bila sebut tentang lagu, sudah pastilah yang bercorak rock menjadi pilihan hati. Paling-paling kalau kumpulan search dan wings. Tapi itu semua cerita lama, kira-kira 15 tahun yang lepas. Jiwa muda la katakan. Tapi sekarang tidak tahu kenapa tetiba pula berubah angin berminat dengan lagu bercorak ketuhanan, mungkin usia yang semakin meningkat menjadi faktornya.
BILA WAKTU TELAH BERAKHIR:
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya
Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
Lagu yang bertajuk Bila Waktu Telah Berakhir nyanyian Opick menambat hati dengan liriknya yang memberi kesan pada diri. Sungguh, lagu ini sangat syahdu dan menenangkan. Lebih-lebih lagi apabila dihayati liriknya yang amat terkesan di kalbu. Mengingatkan diri ini bahawa kematian akan datang tanpa diketahui waktunya. Dunia hanyalah persinggahan. Segala yang dilakukan di dunia ini merupakan bekalan untuk ke negeri kekal abadi iaitu akhirat yang kekal selamanya. Bila waktu telah berhenti, yang tinggal hanyalah sepi, moga-moga amal dan kebaikan yang dilakukan di dunia ini dapat menjadi peneman setia kita di masa itu nanti dan yang paling penting, bagaimana keadaaan kita ketika saat itu menjemput tiba. Hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Sama-sama kita doakan agar dikurniakan husnul khatimah (pengakhiran yg baik) ketika ajal datang menjelma.
Semuanya menyentuh hati, membuatkan diri ini merasa insaf. Lagu Bila Waktu Telah Berakhir ini mempunyai terlalu banyak makna, sungguh menyentuh perasaan. Mengingatkan diri ini bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Hargailah apa yang ada & sesungguhnya hanya DIA yg maha berkuasa.
Lagu dari Opick ini juga benar-benar membuat ku berfikir dan terus menilai diri sendiri. Waktu yang diberikan olehNya sangat sedikit dan terlalu terbatas buat kita yang hidup didunia ini. Kita tidak akan pernah tahu bilahkah tuhan akan menghentikan umur kita, kita juga tidak pernah tahu dalam keadaan bagaimana nyawa kita akan dicabut. Sesungguhnya, kita tidak pernah tahu akan hal tersebut. Tetapi, hanya perlu berusaha mengoptimumkan setiap waktu yang dijalani dengan sebaik mungkin, sentiasa menghabiskan waktu untuk membuat kebaikan dan kebajikan, gunakanlah waktu kita berkongsi kebahagiaan dan memberi sumbangan kepada pelbagai pihak.
Waktu menjadi terlalu singkat apabila dihabiskan untuk memikirkan diri sendiri. Ingat, ketika kita sudah tiada nanti, bukan diri kita yang akan selalu diingat. Tetapi, amalan atau sumbangan yang diberikan kepada orang lain. Jadi, marilah kita semua merenung sejenak hal ini. Adakah kita semua sudah bersedia? (peringatan untuk diri sendiri terutamanya)
No comments:
Post a Comment