Thursday, 24 July 2014

TUGASAN 1 - ULASAN LAGU

NAMA                :   MOHD ASMAZI BIN MOHD YAZID
NO KAD  PENGENALAN  :   780718-11-5051
NO KAD MATRIK       :   SX122698GUF04


Aku Cinta Padamu




TAJUK LAGU          :   Aku Cinta Padamu
PENYANYI            :   Dato’ Siti Nurhaliza Binti Tarudin
                        DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP)
PENULIS LIRIK       :   Lokman Aslam dan Baiduri
TEMPOH MASA LAGU    :   5 minit 23 saat

PENGENALAN

Setiap orang mungkin mempunyai lagu kegemaran masing-masing, terdapat pelbagai jenis kategori lagu yang boleh kita dengari, antaranya seperti  irama Malaysia, Balada, Pop, Soft rock, Pop rock, nasyid dan lain-lain lagi. Setiap lagu yang kita dengari ini mempunyai pelbagai peranan tertentu dan dapat mempengaruhi  situasi dalam kehidupan kita, walaubagaimanapun ada juga yang mendengar lagu hanya sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Untuk tugasan ulasan lagu pada kali ini, saya telah memilih lagu “Aku Cinta Padamu” yang telah dipopularkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. "Aku Cinta Padamu" adalah lagu yang telah menjuarai kategori balada di dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu Ke-12 pada tahun 1997. Lagu ini juga telah menaikan nama Dato’ Siti Nurhaliza melalui penjualan album Siti Nurhaliza II yang mencecah lebih 150,000 unit dan telah mendapat 6X Sijil Platinum.

Dato’ Siti Nurhaliza Binti Tarudin (DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP)

Dalam industri muzik terutamanya di era 2000-an, nama Dato’ Siti Nurhaliza bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah juga di peringkat antarabangsa. Di sepanjang karier beliau sebagai penyanyi, Dato’ Siti Nurhaliza telah memperolehi pelbagai kejayaan dengan menjuarai banyak  pertandingan di dalam industri  muzik seperti Juara Lagu, Anugerah Muzik Singapura, Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Bintang popular dan lain-lain lagi. Selain itu beliau juga turut mendapat gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Key semasa majlis MTV Asia Award pada tahun 2005 dan juga disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record

ULASAN LAGU


Berdasarkan lirik lagu di perenggan pertama, ia mengisahkan rasa kekesalan seorang wanita yang tidak dapat bersama dengan jejaka yang dicintainya kerana wanita tersebut  tidak berkesempatan untuk  meluahkan perasaannya cintanya kepada jejaka tersebut. Selain itu, wanita ini juga membayangkan bahawa dia akan hidup berbahagia dan tenang bersama-sama jejaka tersebut seandainya mereka ditakdirkan dapat hidup bersama.
Dalam perenggan kedua pula, wanita tersebut menyatakan perasaan kecewanya kerana belum dapat berkongsi kasih sayang secukupnya bersama jejaka tersebut kerana jejaka tersebut terpaksa pergi meninggalkannya. Walaubagaimanapun, wanita ini mengharapkan jejaka tersebut akan terus mencintainya dan selalu mengucapkan kata-kata cinta yang dapat menyentuh hati dan perasaannya.
Berdasarkan petikan di perenggan ke tiga dan keenam, wanita ini menyatakan bahawa perasaan cintanya terhadap jejaka tersebut mula tersemi atau mula terasa, namum oleh kerana jejaka pilihannya itu terpaksa meninggalkannya, maka perasaan cinta wanita ini bertukar menjadi suatu keadaan yang menyedihkan.
Di dalam perenggan ke empat ini, wanita tersebut meluahkan kekuatan perasaan sayang dan cintanya kepada jejaka tersebut dengan sepenuh hati, serta mengharapkan agar jejaka tersebut  juga  mencintainya. Selain itu wanita ini juga  sangat berharap supaya jejaka tersebut meletakkan diri wanita tersebut dihatinya atau dengan kata lain agar jejaki tersebut disentiasa menyayangi, memikirkan dan mendoakannya walaupun mereka berjauhan.
Di dalam perenggan ke lima pula, wanita ini berpesan  kepada jejaka tersebut agar sentiasa mempunyai  perasaan cinta yang suci iaitu cinta yang sebenar-benarnya, tiada pembohongan serta  lahir dari hati yang tulus dan ikhlas yang berkekalan.
Pada perenggan ke tujuh,  wanita tersebut sekali lagi meluahkan perasaan sayang dan cintanya kepada jejaka tersebut dengan sepenuh hati seperti di perenggan ke empat.
Dalam perenggan yang terakhir ini, wanita ini berpesan kepada jejaka yang dicintainya supaya memiliki jiwa yang mempunyai perasaan cinta yang “segar”  dan berdoa agar mereka akan dapat hidup bersama pada suatu ketika. Wanita ini juga menyatakan kerelaanya untuk menunggu kehadiran jejaka tersebut untuk hidup bersama walaupun dalam tempoh yang sangat lama.

KESIMPULAN :


Setelah mendengar dan menghayati lagu “Aku Cinta Padamu”, ia dapat memberikan ilham kepada saya untuk membuat kesimpulan bahawa lagu ini mengisahkan kisah satu kronologi kisah cinta yang belum kesampaian kerana wanita ni tidak dapat hidup bersama dengan jejaka yang amat dicintainya kerana mereka terpaksa berpisah. Wanita ini juga menyatakan perasaan cintanya terhadap jejaka pilihannya yang mula terasa, namum ianya bertukar menjadi peristiwa yang amat menyedihkan bagi mereka. Wanita ini turut berharap agar jejaka yang amat dicintainya itu sentiasa mendoakannya dan menanam perasaan cinta terhadap wanita tersebut buat selama-lamanya walaupunpun jejaka itu berjauhan darinya.


Wanita ini juga menaruh harapan yang tinggi agar dia dengan jejaka tersebut akan dapat hidup bersama pada suatu hari nanti walaupun dia terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama. Pada pendapat saya juga, lagu ini mempunyai kekuatannya  yang tersendiri kerana bahasanya tidak begitu sukar untuk difahami, tema lagu ini juga dapat diterima dengan jelas. Selain itu vokal, gaya permainan alat muzik, bunyi yang dihasilkan serta melodi yang terdapat dalam lagu ini boleh menyentuh hati kepada pendengar. Oleh itu  ia dapat menarik perhatian dan boleh memberikan ketakjuban ketika mendengar lagu ini. 

No comments:

Post a Comment