Saturday, 26 July 2014

~SOFEA: ORANG TIMUR~

SAIFUL BAHARI BIN ABDULLAH 
SX120124BQS04

ORANG TIMUR


Orang Timur

Jepun pandang ke barat untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan Malaysia
Pandangannya kemana Di mana arahmu
Sedar bangunlah
pesat dan majukan negerimu

Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan negerimu
Apakah warna kulitmu
Apakah kita sama
Kemanakah perginya
Mana arahmu

Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu kehadapan
Bererti kejayaan

Lagu /Lirik : SYJ


Lagu ini telah dinyanyikan oleh kumpulan rock SOFEA pada tahun 1987 didalam album KEMBALI. Kumpulan SOFEA ini ketika album ini dikeluarkan dianggotai oleh empat orang iaitu Amir (penyanyi), Man Rani(Bass), Fancy(gitar) dan Nahar(drum). Kumpulan rock ini ditubuhkan pada 1983, di Manjoi Perak dan pada mulanya dikenali sebagai SYJ sebelum ditukar kepada SOFEA setelah berlaku pertukaran pengurusan. Tiada siapa dapat menafikan era 80an ialah zaman kebangkitan dan kegemilangan lagu-lagu rock dan lagu-lagu rock pada masa ini diminati oleh masyarakat terutamannya golongan remaja dan dewasa. Jadi secara tidak langsung lagu-lagu rock masa itu telah dijadikan salah satu mekanisme untuk memberi peringatan, motivasi dan teguran samada kepada masyarakat secara umumnya ataupun pihak kerajaan.

Lagu ini pada pendapat saya telah mengkritik atau menegur Malaysia atau kerajaan Malaysia secara terbuka melalui sebuah lagu. Permulaan lagu ini, di perenggan pertama iaitu “Jepun pandang ke barat untuk kemajuan, Apa nak jadi dengan Malaysia? Pandangannya kemana Di mana arahmu? Sedar bangunlah pesat dan majukan negerimu..

Teguran ataupun kritikan ini bagi saya tidak berasas kerana pada 2hb Februari 1982 (sebelum kumpulan ini wujud), Tun Mahathir pada  ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan negara Jepun dan Korea sebagai contoh untuk memajukan Malaysia, dan telah terbukti Malaysia mula pesat membangun pada era Tun Mahathir sehingga menjadi sebuah negara yang disegani dan dihormati oleh negara-negara lain.

Walaubagaimanpun lirik lagu ini lebih sesuai menjadi peringatan dan teguran kepada golongan remaja dan dewasa pada masa itu, bukannya kerajaan Malaysia kerana pada era ini kebanyakan remaja dan dewasa ‘hanyut’ dalam dunia rock yang berpaksikan negara-negara barat, yang lebih cenderung kepada unsur-unsur negatif samada dari pemakaian, pergaulan dan perwatakan.

Secara jujur pada era 80an saya juga merupakan seorang pengemar lagu-lagu rock tetapi dengan cara-cara terpilih iaitu hanya sekadar meminati lagu-lagu rock tetapi tidak kepada budaya-budaya rock seperti pemakaian dan cara pergaulan.

Sekian, Terima kasih


No comments:

Post a Comment